Selongkarlah

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Diari Ramadhan #19 - Kad Raya & Ang Pau




_____________________________________
___________________________________________________________

"Diari Ramadhan #19"
-Kad Raya dan Sampul Duit Raya

__________________________________________________________
____________________________________






Kad Raya tak seberapa
*ko hingat ko sape nak tempek2 muka ko kat kad raya*





    Depan                                                                       Belakang



Sampul Duit Raya *kalo nmpk ang pau ni pandai2 la selitkan duit dlm tu ye*



tuptuptup dah nak tamat dah Ramadhan...tinggal lbh kurang dlm 11 hari je lagi...moga segala amalan kita di bulan mulia ni mendapat keberkatan dan rahmat Allah SWT...insyaallah...


so bagaimana dgn persiapan Raya?..*rayarayaraya, ko tak ada benda lain nak pikir ke?*






Sunday, August 7, 2011

Segmen Ramadhan Jejaka Terhangat : Makanan Buka Puasa Kegemaranku



__________________________________
______________________________________________________

"Makan Makan di Bulan Ramadhan"

______________________________________________________
_________________________________




Assalamualaikum wbt...


wah rajin la pulak kan aku nak join segmen2 time puasa ni..haha...ala apa salahnya, dari tak berbuat apa2 kan...ok2 aku tahu mengenai segmen ni setelah di TAG oleh HANS HANIS yg Hensem tak Semestinya Playboy tu..tp jauh di sudut hati NURANI yg suci halus mulus ni aku benar2 rasa bahawa Hans ada lah Playboy tegar..oops sory Hans..sebelum masuknya Bulan Syawal aku menyusun ke duapuloh duapuloh jari aku (termasuk jari kaki) memohon ampun dan maaf atas terkasar bahasa atau menggelar kau PLAYBOY...

ok2 dah kembali ke Tajuk asal...Makanan Puasa Kegemaran ku...wah ada kegemaran ke aku ni?...mcm biasalah org selalunya tak ada makanan kegemaran, tapi bila dah masuk bulan Ramadhan ni ada je mengidam...nak tu la, nak ni la...aish nafsu nasfu SERAKAH...

aku serius buat masa sekarang tak ada makanan FAVERET yg betul2 FAVERET lah time puasa ni..aku bedal je sume..tak cerewet KONONYA...tp klo nak di ikutkan adalah makanan yg aku suka...lebih2 lagi bila tibanya Ramadhan....ok lihat Gambar yg terDAMPAR di bawah ni...






Ayam Percik yg Terpercik-Percik

Perghh ayam percikk..dah lama aku tak makan..aku time2 puasa kalo dapat makan ayam ni mmg...fuuuuhhhh menjilat kuku kakiku lah...lebih2 lagi kalo diberi kuah2 yg pekat2 hitam lekat tu..lagilah menusuk kalbu bila makan...tp sampai sekarang aku tak berkesempatan nak makan AYAM PERCIK ni..sbb aku tak pergi BAZAAR RAMADHAN lagi...aku tak suka sesak2...haha...nak suroh org belikan je..*ceyh belagak diva*





Nasi Lemak Ayam Berempah

ya allah ni kalo aku dpt...perghh memang aku kerjakan habis habisan lah...aku mmg tak tahan ayam2 yg berempah Ratus ni...mmg menggoda nafsu dan deria rasa aku...kalo dpt yang pedas2 lagi besttt...fuh..

p/s : kalo aku makan nasi lemak aku buang kacang...aku tak suka kacang tu..haha





Nasi Kerabu

Nasi Kerabu is one of my all time favourite...perghh sedap oohhh..dulu2 masa kat UiTM Perak time berbuka asyik, asyik, asyik (sambil gelek2 gerudi) nak beli nasi kerabu...aku mintak Ayam Percik dgn Solok Lada...perghh terbaikkk...aku dulu2 punya la tak tau ape tu BUDU...last2 skali bila dah lama makan nasi kerabu ni baru tau yg KUAH2 diorang dok TUANG dlm nasi tu rupanya BUDU...sedappp...


dan yg terakhir...apa2 sahaja MAKANAN yg di masaknya..tak kiralah dlm Bulan Ramadhan atau bulan2 lain...makanan yg di masak oleh beliau inilah yg sentiasa menambat hati aku..tak lain tak bukan..




masakan Ibu sendiri...Rodhiah Bte Ibrahim...Seorang Cikgu, Seorang Ibu , Seorang Nenek...


kalo nak di Listkan makanan kegemaran aku time puasa...mmg tak tido malam di buatnya..semua aku Gemar...tak kira time puasa atau tak...masakkannya lah yg selama 20 tahun aku hidup ni, *alhamdulillah* yg menjadi darah daging aku...setiap keringat dan air tangan ibu yg menjadikan masakkan lebih enak...jika makan sekadar nasi putih berlaukkan telur mata dan kicap, apabila di suapkkan oleh ibu...nikmatnya tak terlawan semua makanan yg terdapat di dunia ni..sesungguhnya air tangan ibu itu sungguh bermakna...terima kasih ibu...


p/s : ceyh macam DRAMA TV3 dah...haha...mcm dah tersimpang dr tajuk segmen je...anyway tu lah serba sedikit makanan kegemaran time aku berpuasa di Bulan Ramadhan ni...

p/s 2 : gambar semua di curi dan diletakkan LINK pada gambar masing2...


Dengan ini sebagai syarat aku Tag : IKAN




Diari Ramdhan # 7




___________________________________________
___________________________________________________________

"Diari Ramadhan #7"

___________________________________________________________
_________________________________________



alhamdulillah...cepat je masa berlalu..tuptup dah Ramadhan ke 7 dah..hari Ahad ni mesti dah ramai org BERPUSU-PUSU membeli barang nak RAYA kan?...baju raya, kuih raya, langsir raya, mengecat rumah...semua nak baru...well kali ni aku rasa aku nak BESEDERHANA jelah...dah alang2 aku beli baju Raya nanti aku beli terus sekali baju utk msk Kelas nanti...tak payah la nanti nak masuk Sem baru sebok2 nak beli baju baru kan...

Satu cara Famili aku selalu gunakan masa2 nak raya ni ialah, kalo nak SHOPPING barang raya selalunya mesti dah nak habis puasa...sebab time tu dah start SALE penghabisan Stok Raya...so harga boleh KAWTIM lebih sikit la...lagi satu aku jenis yg tak suka keadaan tmpt yg ramai org..sbb tu smpi sekarang aku tak pergi2 lagi Bazaar Ramadhan...aku pening tgk ramai org...tp yg sudah pasti mak aku mesti nak beli baju Raya dia kat area2 Jalan TAR...so terpaksa je lah ikut...hadapi SEGEROMBOLAN manusia2..so oleh sebab itu aku suka beli time2 nak hujung Ramadhan..dah kurang orang..

Kalo famili aku jugak, kalo bagi lelaki, senang je....satu BAJU MELAYU dipakai utk 2 RAYA....ha jimat tak jimat?..bagi aku baju melayu tak perlu nak beli tiap2 tahun, sbb mak aku selalu cakap..."ala lelaki pakai baju melayu time nak semayang jumaat je"...haha..aku boleh setuju dgn itu juga...lelaki lebih senang berbanding perempuan...kalo aku, pakai baju melayu masa nak pergi masjid n ke kelas hari jumaat je...buat ape nak banyak2 kan....kalo Perempuan tu lain lah...kalo dalam sehari ada 2-3 kelas, kalo boleh setiap waktu kelas tu nak tukar baju kurung kan...haha...

so Persiapan raya aku utk kali ni akan berUNSURkan SEDERHANA....baju Melayu aku rasa kali ni tak perlu...samping?..ha samping dari aku sekolah menengah sampi sekarang pakai samping yg sama...tak pernah tukar...haha..sbb samping SONGKET kan mahal...so tak perlulah nak beli selalu...

Songkok?...ha yg ni aku tak tau lah kenapa setiap tahun aku kena beli baru...aku rasa setiap tahun KEPALA aku semakin MEMBESAR kot...ke aku BESAR KEPALA?...tak muat...haha....so that's basically everything for this year's persiapan raya...


p/s : Wah harap2 raya tahun ni banyak dpt duit raya..nak POW mak cik2 aku banyak2 lah...*berdoa*..haha




Friday, August 5, 2011

Bila Nak Raya Ni!.- Diari Ramadhan #5 Siri 1



_________________________________________
_______________________________________________________

"Cepatlah Raya"
-Siri 1
_______________________________________________________
________________________________________



aish...Bila Nak Raya Ni?...ceeyh ada ke org fikir mcm ni sekarang??...baru masuk Ramdhan ke 5 dah sebok fikir nak RAYA...org Tua2 selalu cakap "Kalo tak Puasa penuh, Tak boleh Raya"....apa kata kita ubah sikit.." Sapa tak Sempurna Puasanya, jangan Lebih2 Nak Raya"..boleh ke macam tu?...maksud SEMPURNA di situ bukannya apa...setiap manusia tiada yg SEMPURNA nya..tp kita masih boleh cuba utk menjadi yg terbaik....SEMPURNA di bulan Ramadhan boleh dikecapi dgn

  • Berpuasa dgn berSUNGGUH-SUNGGUH kerana ALLAH swt
  • Kawal diri dari perkara mungkar seperti MENGUMPAT, MELIHAT benda HARAM
  • Perbanyakkan bersedekah
  • Menjalankan amalan Sunat (pastikan wajib dibuat dulu)
  • Perbanyakkan berzikir
  • Khatam Al-Quran
  • Solat Sunat Terawikh
  • dll


Macam2 cara lagi yg kita boleh buat utk mendapatkan Ramadhan yg SEMPURNA....Rezeki Allah nak beri pahala tiada batasnya..sekecil2 kebaikan kita buat, akan dpt pahalanya, INSYAALLAH...semuanya senang utk kita lakukan..tp hanya nak tak nak je yg membezakan kita utk memilih PAHALA atau DOSA....

aku bukan cakap di sini seperti aku BAGUS sangat...Khatam Al-Quran?..aku pon masih sumbang membaca al-quran, tergagap2 lagi...tp tak bermaksud tak boleh belajarkan?...kalo tak belajar sekarang..tetapkan lah dlm HATI pahat dalam JIWA bahawa satu hari nanti aku akan mendalami ilmu al-quran...NIAT itu sesuatu yg amat penting...tp jgnlah salah gunakan perkataan NIAT itu...niat lah dgn bersungguh-sungguh...janganlah sekadar berNIAT....

ok puas dah TAZKIRAH?...haha..ok dah MENCANAK dah matahari di atas angit, baru aku nak buat ENTRY?...aduh..maaf aku hampir2 kering kontang dgn IDEA apa nak tulis...so aku pon terfikir nak buat entry ni...

ok2 aku sebenarnya ada benda nak sambung lagi ni...tp di masukkan dlm SIRI 2 lah..sbb takut panjang sangat pulak nak di baca..kesian, kan korang PENAT BERPUASA, tak larat nak baca panjang2....*prihatin tak aku?*ok Salam Ramadhan Hari Ke 5!



P/S: apa juadah berbuka kali ni ek?..ceyh ko puasa sebok2 nak fikir buka, buka,buka...cuba tolong mak masak kat dapur...hehe..sory mak..aku byk habiskan masa dlm bilik..hehe



Tuesday, August 2, 2011

Masa Terbuang -Diari Ramadhan #2 Siri 2



__________________________________
______________________________________________________

"Perubahan Lagi?"

______________________________________________________
________________________________



entry pendek saja kali ni sebelum masuk waktu berbuka puasa..yey!!...and aku just nak tanya sekali lagi...ada nampak beza lagi tak kat BELOG aku ni??...kalo tak nampak mmg nak kena HEMPOK dgn aku...haha...ok2 aku dgn secara TAK RASMInya telah menukar HEADER sekali lagi!!..*tepuk2 kepala masing2*...

kenapa aku obses sangat nak letak Header BINATANG ni ha?...dulu ANGRY BIRDS, lepas tu CHEETAH/JAGUAR/LEOPARD tah ape nama tah...and sekarang tak puas hati nak letak HARIMAU pulak..nak kata Pasukan Bola Malaysia - Harimau Malaya menang, tak jugak...kenapa lebih2 pulak kan...

ape2 pon ni lah Header tak seberapa yg baru...jadilah...agak2nya lepas ni aku nak letak header BINATANG ape pulak ek??...Ba Alif Ba Yaaaaa mungkin??..






Dahulu Kala
__________________________




Dahulu jugak
_________________________________



baru guna header ni beberapa hari..tak sampai 3 hari pon kot..haha...bye2 MEOW, u will be missed...




and for NOW--SAKA HARIMAU MALAYA
_______________________________________



tadaaa...simple dimple pimple nipple je...





p/s : SELAMAT BERBUKA dan BERTARAWIKH malam ni..





Cari Jodoh..Diari Ramadhan #1 Siri 3



_________________________________
_______________________________________________

"Aku Sorang Je?"
-Secara Tak Rasmi Aku Jeles
_______________________________________________
_________________________________



ok aku saje je kan MENGGEDIK nak letak Diari Ramadhan tu..ape ko hingat ko ni mcm Diari Ramadhan Rafiq ke??..*cerita tu tak da lg ke time puasa kali ni?*...


p/s : aish, ok entri kali ni mmg tak ada kena mengena langsung dgn Ramadhan kali ni


Apa yg secara tak rasminya yg AKU JELES tu?...sebenarnya tak ada lah jeles pon *ckp putar belit kejap tu kejap ni*....aku just happy je tgk semua kawan aku dah ehem2...berpunya.....buat PENGETAHUAN sesiapa, aku mmg RAMAI kawan perempuan dari lelaki...dan SEMUA kawan baik aku dr UiTM boleh dikatakan dari kalangan HAWA....ha dah jangan nak COP aku ni sembarangan eh...haa ni Bulan Ramadhan jangan nak kutuk2 aku...ceyh..haha..tp serius aku lebih SENANG berkawan dgn perempuan...sampai kawan2 perempuan aku COP aku sebagai GEGURL??...bangang je...aku redha jela..aku ikutkan je...

bukan aku tak suka kawan dengan lelaki...just aku ni maybe lain sikit, aku tak dpt nak berkomunikasi dgn kawan2 lelaki selain dr kawan2 perempuan aku....aku kalo dgn kawan2 lelaki aku mesti nak SERIUS....kalo kawan2 perempuan aku, ha lantak lah ko..ketuk2 kepala..kutuk2..sumelah....yg bagusnya diorang tak mudah kecik hati...kita org semua mcm adik beradik dah *tp still menjaga batas2 ye*...namun pon begitu kalo kawan lelaki aku yg BETUL2 rapat dan senang aku nak berbual...mula lah MOOD SENGAL aku...


ok kembali kepada TOPIC sebenar lupakan kisah hidup aku yg tak seberapa itu.....


apa yg aku katakan tadi, semua kawan aku dah BERPUNYA!..what...maknya sem depan dlm kelas aku jelah yg single mingle??....waa ini tak boleh jadi...kena buat LELONGAN DIRI ni...nanti time nak buat assignment yg perlu kena pergi SITE, konfirm2 lah aku kena bawak kereta...yg lain??...sebok mengSMS balak2 mereka...arghhh...aku jadi TUNGGUL jelah nanti..waaaaaa...tak mau...

ok sekali lagi nak cerita rahsia aku..dgr betul2..*BAB RAHSIA2 ni cepat je org nak dgr kan*...dlm 20 tahun aku hidup di muka bumi ini, Alhamdulillah sampai sekarang masih bernafas..aku tak pernah, SEKALI pon, BerKapel...haaa..caya tak??...la korang mesti percaya punya sapa nak kat aku...bahahah..*ayat touching*...sampai kawan2 aku kata..org yg dapat aku, ceyh BERUNTUNG sebab dpt merasa FRESH LOVE dr aku *ok2 sudah bangang jiwang di situ*...aku anak dara teruna sunti lagi tu....haha...

arghh lantak lah...kalo org cakap ada JODOH ada lah...nanti2 adalah tu...kalo boleh aku sebagai lelaki nak mencari betul2..tak nak lah main tangkap muat jadi awek nanti TUNANG tiba2 aku MELETUP popular aku PUTUS TUNANG...aku tak nak lah mcm tu kan...arghh...sekarang aku dah tak kesah..aku Happy melihat kawan2 aku berpasang-pasang dgn buah hati diorang...aku?...tak pe..Masanya akan tiba...


p/s : aku boleh di kira beruntung jugak lah tak pernah berkapel2 lagi..jimat duit mak bapak aku...haha..
simpan duit sendiri, guna duit sendiri baru merasa kepuasan nyakan?..*jangan fikir puas lain*..aish bulan puasa ni pon suka pikir kotor...



kalo aku tampal gambar ni sebagai MENCARI JODOH laku tak agak2 nye?..




mesti semua perempuan lari LINTANG PUKANG tgk gambar ni kan?



Monday, August 1, 2011

Bagaimana Dengan Hari Pertama? Diari Ramadhan #1 Siri 2



___________________________________
________________________________________________

"Hari Pertama"

________________________________________________
___________________________________




wah tup2 dah nak masuk waktu maghrib menandakan masuknya waktu berbuka puasa bagi wilayah persekutuan dan yg sewaktu dengannya...*sempooot*....ok2 setakat Hari Pertama Ramadhan ape cerita?..penat?..lesu?..biasalah dah nama pon PUASA...

aku?..alhamdulillah kerana sudah banyak kali aku berLATIH berpuasa di bulan REJAB dan SYA'ABAN aku berjaya lalui hari ni, pertama Ramadhan dgn SEMPOI...bahaha...*padahal aku ddk umah terbongkang tido je*..haha

so maybe ada di antara ankan terus MENERJAH bazaar Ramadhan dan ada juga yg berSEDERHANA dgn masak juadah sendiri di rumah...apa2 pon just sebagai peringatan pd diri aku dgn org lain...BERPADA2 dan BERSEDERHANAlah dalam segalanya..jangan sampai terPESONG dr matlamat sebenar BERPUASA sudah la ye...




sebagai peringatan supaya BERSEDERHANA lihat lah gambar di Bawah









aku rasa satu gambar pon sudah cukup untuk kita SEDAR bertapa BERUNTUNGnya kita...kita Lapar sekejap, balik2 dpt jugak jumpa makanan...ada sesetengah negara, kanak2 pagi, petang, siang, malam...JENUH mencari makanan dan minuman...setitik susu pon sukar untuk dihirup, bahkan lagi makanan...si ibu terpaksa menahan kepedihan dan kesedihan  melihat anak2 mereka yg mati kebuluran...berkeliaran lalat2 menghinggapi sekujur tubuh kecil dipangkuan mereka....

kita?..bersyukur dgn apa yg ada..setiap SUAPAN makanan dan hirupan minuman ingat lah kepada mereka..nescaya kita akan lebih MENSYUKURI NIKMAT ALLAH dan MENGHAYATI MAKNA SEBENAR RAMADHAN


P/S : aku buat entri ni bukan nak BERLAGAK bagus..tp sebagai memperingati..dgn ini aku harap jika aku Memperingati org lain, ada juga org yg akan memperingati apa yg aku LUPA...






Perubahan - Diari Ramadhan #1



__________________________________
__________________________________________________

"MakeOver"
__________________________________________________
_________________________________



Perubahan...bukannya aku maksudkan ape perubahan aku nak bila menjelangnya RAMADHAN ni ye...opkos lah aku nak menjadi lebih baik, blablabla kan?...semua org nak mcm tu...Perubahan yg aku maksudkan ialah makeover...hrmm ape yg nak di makeoverkan???..ala tak perasan ke??..ni nak merajuk ni..bahaha..ok2 tak ada makna aku nak merajuk2...so ada perasan tak perubahan sikit kat blog aku ni??...tak nampak..arghh senang aku bagitau jelah   aku dah ubah HEADER blog aku...ada nampak??..ADA?




DAHULU KALA
___________________________





SEKARANG KALA
______________________________




HAHA.. org masuk2 je blog aku, biar TERPERANJAT tgk ada RIMAU tenung..haha... ni jelah HEADER yg aku mampu buat..aku tak pandai buat2 HEADER ni...asal cukup makan sudah...mesti ada org kata nape tak letak MUKA SENDIRI beso2 kat situ??..ala tak BERANI lagi lah nak letak gambar sendiri kat situ...takut org masuk2 terCAIR pandang aku...motif org nak CAIR?...mcm Hot melecur sangat....

tah lah...aku terINGIN nak letak gambo BESO2 sbg HEADER aku tu...tp still smpi sekarang tak jumpa gambar DIRI SENDIRI yg berkenan di hati...aku tak PHOTEGENIC....aku PHOTOALLERGIC....kalo jenjalan je aku je yg amik gambar...org tak teringin nak amik gambar aku yg Kononnya Hots ini....



Bila Kamera Turun : Perghh Macho siot...(real life tak macho ye)
Bila Kamera Angkat : Start lah muka selebet..hancur...



tak mampu lah aku nak dpt gambar2 aku yg cantik...ada je tak kena...kalo ok pon kena lah COVER2 sikit JERAWAT dan BEKAS2 JERAWAT tu...takut nanti org masuk blog aku terperanjat..haha,,mungkin sebab itulah aku tak guna gambar sendiri sebagai Header Blog...tp kadang2 ada jugak aku post gambar aku kat sesetengah entry...tu pon BERATUS2-RATUS kali tangkap gambar baru dpt yg OK2 jer...tp bila buat, ada je tak kena...hrmmm, tak pe2..at least ada Header buatan AIR TANGAN sendiri..oklah kan..

ok itu je Short Entry kali ni...bye2...




P/S 1 : semua org Wish Salam Ramadhan kat Belog...aku tak ada ke nak wish2 ni??...oklah2..aku pon harap tak TERLAMBAT nak wish ye...


**********************************************************************

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 
kepada semua 
MUSLIMIN dan MUSLIMAT

***********************************************************************





P/S 2 : Aku baru belajar cara2 nak HACK PHOTOSHOP supaya dpt FULL VERSION...ada sesiapa nak aku buat TUTORIAL tak??...aku hanya akan buat jika ramai yg nak je..kalo tak ramai..hmm tengoklah..bahahah




P/S 3 : Semperna Ramadhan Al Mubarak ni..aku nak buat kelainan sikit...Just untuk bulan Ramadhan saje ye...SETIAP TAJUK ENTRI BARU aku akan masukkan sekali DIARI RAMADHAN #1,2,3,..... seterusnya...saja nak bikin lain sikit...supaya hari2 aku merajinkan diri untuk Update time puasa ni..yela, time ni kan lemah lesu sikit..maybe akan TERMALAS UPDATE...so aku akan cuba sedaya upaya update ye...okthanksbye....berbisik *Yusof Taiyooob*





Saturday, July 30, 2011

Gambar Seribu Erti Ben Ashaari




_______________________________________
________________________________________________________

"Biar Gambar Berbicara"
-segmen Ben Ashaari
________________________________________________________
_________________________________________



Wah!!..woah!!..yeah!!..dengan julung-julung kali nya hati ini AKHIRNYA TERDETIK untuk mengJOIN segmen oleh Ben Ashaari....aku dari dulu mmg teringin nak join Segmen2 yg di CIPTA oleh abg Ben ni, tapi baru sekarang BERANI untuk sertai sama...motif ko nak takut?..aduhh...ok sape yg nak tengok cara2 join segmen kali ni, KLIK lah banner yg MACHO kat bawah ni...



ha HAMEK ko besar punya aku kasi...haha..



Senang je segmen kali ni..just sediakan gambar yg kita amik yg KONONYA rasa LAWA sangat lah kan..yg Terbaik pernah diambil..terbaik bukan bermaksud mesti ko amik guna DSLR yg besar kebabom tu...kalo guna kamera HANDPHONE je pon dah cukup..asalkan gambar yg di ambil memberi makna kepada kita...tak kesahlah kalo Gambar sendiri duduk depan cermin pose mulut MUNCUNG2, MATA BESAR2 pon tak pe...asalkan gambar tu rase yg terbaik pernah diambil...ok2 dah cukup membebel..tengok gambar di bawah...





okey sape kata senang SEGMEN ni??..susah jugak wooo..aku nak mencari gamabr2 yg terbaik, yg membawa makna..aku Godek2 balik ALBUM2 dlm laptop aku ni...aaduh nak pilih mana satu???...so akhirnya aku pilih yg ni..seriously gambar ni mungkin bukan yg terbaiklah..tetapi sekurang2nya gambar ni ada sesuatu yg nak di sampaikan....aku juga ada buat satu PUISI enggunakan gambar ni dulu..nak baca PUISI tu??..SINI...taklah seberapa sangat


gambar ni merupakan gambar dalam bilik aku...mahupon bilik aku ni kecil, agak sempit...namun aku bersyukur, kerana aku masih ada tempat untuk berteduh...ada katil, ada meja, kipas..itu sudah cukup...tak perlu aku bersusah payah nak membuat alas tempat tidur dari cebisan cebisan kotak mahupon surat khabar...aku bersyukur aku tidak merempat.....

di dalam bilik ini juga aku banyak menghabiskan masa...solat, online DUAPULOHEMPAT jam, membaca buku,dan hanya aku dan ALLAH saje yg tahu ape yg aku buat dlm bilik ini...

jadi inilah yg gambar yg TERBAIK yg tak seberapa Terbaik dari aku...okbye..





p/s: kalo nak letak gambar bawah ni ok jugak kan?...






ALLAHUAKBAR!!...Ramadhan Isnin ni..syukur dlm bulan Syaaban aku telah berjaya berpuasa sunat beberapa kali...moga Bulan Mulia ni memberi KEBERKATAN dan RAHMAT untuk hidup aku sekeluarga, rakan2, dan juga semua Muslimin dan Muslimat..insyaallah...




Tuesday, July 26, 2011

Rindu Ramadhan



_________________________________
__________________________________________________

"Rindu Ramadhan"

___________________________________________________
_______________________________


ya Allah...hrmm..beginilah hari2 aku...hari2 benda yg sama aku lakukan...mcm org tak ada LIFE...haha...tp itulah aku...tak lama lagi, minggu depan dah masuk Ramadhan, so maknaya semakin dekat nak masuk semester baru...masuk sem baru dlm bulan SEPTEMBER...tp, bila aku fikir2 balik..wah Ramadhan..best sugguh time bulan puasa ni...lebih2 lagi jika berpuasa bersama rakan2...bukannya aku nak kata puasa bersama Keluarga tak best...tp FEEL berpuasa bersama kawan2 kat kampus sangat lain...kalo kat rumah, sahur, buka semua Mak sediakan...tp kalo kat kampus...semua kena cari sendiri (walaupon duit mak bapak)....

tu lah yang aku rindu...first time aku berpuasa jauh dari keluarga ialah semasa semester pertama aku di UiTM Perak...fuh sangat lah terbaik...utk sahur tgh2 malam cari makan, simpan sampai ke waktu sahur..kalo dah takut tak dpt bangun utk bersahur...lepas beli tu, terus melantak...

time berbuka...lagi best..pergi ke Bazaar ramadhan sama2 kawan...beli tu beli ni...kongsi sama2..wah teringat zaman masa tu..makan kat lantai..bentang surat khabar sebagai alas..kalao juadah air, bermacam2 di beli....balik dari kelas, terus shoot ke Bazaar..kalo lambat takut habis..mmg semua budak Sekelas berduyun2 mcm Rombongan Cik Kiah ke Bazaar pon ada..

tp kali ni lain, Ramadhan aku tak lagi bersama kawan2...mungkinkah aku dpt merasai berpuasa bersama Rakan2 lagi?...insyaallah, jika di beri kesempatan, di panjangkan umur, ada lah nanti.. :) tp apa2 pon aku bersyukur, kali ni aku dpt berpuasa sekali  lagi di samping IbuBapa, kakak, abang dan adik aku...alhamdulillah..itu saja yg aku pinta..





Sunday, July 10, 2011

Mazhab Hanafi Masjid India



__________________________________________
__________________________________________________________________________________

"Masjid India"
- Mazhab Hanafi 

_________________________________________________________________
__________________________________



gambar di curi di SINI

a short update, just nak beritahu benda yg mmg dah lame, tp aku yg KUNO ni baru tahu bahawa Masjid India kat KL tu rupa-rupanya mengikut Mazhab Hanafi...semua org tahu kebanyakkan org Islam kat Malaysia ni, terutama orang Melayu mengikut Mazhab Shafie kan, tp di Masjid India ini mengikut mazhab lain..

mcm mane aku tau benda ni?..yelah, tadi masa sebok2 lepas pergi kenduri sambut Ramadhan mak cik Emak aku, lps tu singgah la ke Jalan Tar...bila dah pukul 5.30 petang, ayah aku ajak la pergi sembahyang....mmg bila sampai sane rase lain betul...rasa mcm bukan kat Malaysia....hehe..sbb suasana dy lain sikit....yelah aku mmg KUNO sgt...kata org Malaysia, tp Masjid India pon tak pernah pergi...1st time kot pergi sini....

ok2...masa lepas sembahyang Asar tu dr pukul lbh kurang 5.30-5.35....ceyh kejapnye semayang, ekspress betol...haha...sejurus shj aku memberi salam..tiba2 azan pulak!!...ha Azan?...aku terus cek jam..jam tunjuk pukul 5.35++...silap ke jam aku ni...tgk phone pulak...same jugak...eh biar betol...ape ni...aku semayang ape ni tadi??...aku dah was2...mak ai, aduh sudah...

lepas tu aku terkinja2, bajet budak2 tanya kat Abah...ermm "Azan ape tu?"...bapak aku bg tau Azan Asar lah...sini ikut Mazhab Hanafi....oh baru aku tau..patutlah pelik semcam je...aku ingt aku ni dah mental ke ape kan..haha... nak kepastian punya pasal siap tanya pak cik berbangsa India yg menjaga masjid tu..mmg dy kata situ ikut mazhab Hanafi...rupa2nya Asar je waktu dia lain...yg waktu sembahyang lain same je...khutbah Jumaat pon katanye dlm bahasa India Tamil...so kalo aku smyg Jumaat sane jgn harap nak pham lah ye..hehe...ok ape2 pon dpt lah info terbaru kan...dr smpi bila2 tak tau..akhirnya tau oklah jugak...

p/s (1) : masa jalan2 kat Jalan Tar, Perdana Menteri datang tau kat situ..jenguk2 suasana kat situ...tp aku tak sempat tgk..mmg tak kesah pon sbnrnye...haha..

p/s (2) : perghh ramai dah org mula berShopping2 sakan eh utk raya...belom puasa lagi dah bershopping gila2....aku kalo shopping utk raya suka last2 minit...malas nak awal2..haha...lagi pon akhir2 lah SALE SALE SALE..Jualan Penghabisan kan...ha...tp nak berterus terang semangat nak Raya masa kecik2 dulu dgn sekarang mmg dah turun...dulu kecik2 eksaited nak berRaya...tp sekarang dah tak sgt....beli baju pon sempoi2 je...dah tak vogue sgt dah..haha...harap2 kali ni semangat Raya kembali...tp yg lebih penting ialah semangat dlm Bulan Ramadhan...bulan utk menyucikan jiwa aku yg dah kotor ni...harap2 aku berjaya tangkis segala nafsu dlm diri ini..insyaallah...







Friday, June 10, 2011

51 DAYS : RAMADHAN




Kejam Pelik, Kejam Pelik
....eh jap, lain benor bunyi nya tu...
Pejam Celik, Pejam Celik


dah tinggal beberapa hari je lagi sebelum Ramadhan bakal muncul lagi..dalam pengiraan aku lebih kurang dlm 51 hari lagi..namun ni semua boleh berubah berdasarkan bulan,...so bagi perempuan2 semua tu dah boleh TERGESA - GESA ye nak ganti puasa...sape belum ganti baik ganti sekarang...kang dah berdouble triple korang punya Puasa Ganti...

yang bagi lelaki pulak, sape yang pernah terponteng puasa tu...pon jangan lupa nak ganti...ganti tetap ganti...

dlm Kalendar kata Puasa 1 Ogos 2011
Raya...ceyh belum puasa nak pikir raya...30 Ogos lah...
so dari sekarang kita sepatutnya dah bersedia utk tempuhi bulan Ramadhan yg mulia ni,..aku pon nasihat kan diri sendiri, tak nak lah jadi hipokrit pulak kan...cakap lain, nasihat org lain...buatnya lain..tapi tu lah kita sebagai manusia harus ingat mengingati...baru lah diri diberkati..kan?

so utk Bulan Ramadhan ni mesti korang ada azam kan?..mesti yang berazam nak
1) kuruskan badan...selim melim kan pinggang anda
2) jimatkan duit...yang ni tak pasti jugak kan...biasalah manusia biasa tergoda dgn nafsu syahwat..bila nak    buka puasa, pergi bazar Ramadhan, ha amik ko...berplastik2 korang beli...
3) untuk perkara (2) ada yang nak mengawal nafsu..tak kira lah nafsu apa ye...manusia kan byk nafsu...so Ramadhan bole dijadikan satu cara untuk mengawal nafsu agar dpt dipraktikkan walaupon bukan dlm bulan ramadhan
4) mendekatkan diri pada Allah ...besedekah, solat Terawikh semua, Khatam Al quran...
5) kurangkan bergosip2...ha ni laki2 pon suka tau...bukan perempuan je....

so ni lah antara azam yang agak biasa kita dgr time Ramadhan...so ape korang punya Azam utk Ramadhan 2011 ni??...