Selongkarlah

Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Tuesday, September 6, 2011

Hari Raya 2011



_______________________________
______________________________________________

"Hari Raya 2011"

_____________________________________________
_______________________________



assalamualaikum!..dah lama tak menghupdate entry baru..al maklumlah Raya kan...aku kagum dgn blogger2 mana yg sungguh cekal menghupdate entry2 baru walaupon di hari raya...respek sama lu..haha..ok entry kali ni pendek sahaja...just nak post sesetangah gmbr masa raya sahaja...ok dah...




cantik pulak kayu2 tu ada kat halaman kampung..




cucu cicit perempuan Nek Besah



cucu lelaki Nek Besah








sempat buat kada raya utk nenek lagi...dlm kad raya tu ada Nek Besah's Family Tree




tradisi utk perempuan ambik gambo kat tetingkap ni














 sempat beraya bersama kawan2 sekelas di uitm sebelum masuk sem baru...




sudah..itu sahaja....banyak lagi, tp takut tak tertelan pulak gambo2 ni...







Friday, August 19, 2011

Diari Ramadhan #19 - Kad Raya & Ang Pau




_____________________________________
___________________________________________________________

"Diari Ramadhan #19"
-Kad Raya dan Sampul Duit Raya

__________________________________________________________
____________________________________






Kad Raya tak seberapa
*ko hingat ko sape nak tempek2 muka ko kat kad raya*





    Depan                                                                       Belakang



Sampul Duit Raya *kalo nmpk ang pau ni pandai2 la selitkan duit dlm tu ye*



tuptuptup dah nak tamat dah Ramadhan...tinggal lbh kurang dlm 11 hari je lagi...moga segala amalan kita di bulan mulia ni mendapat keberkatan dan rahmat Allah SWT...insyaallah...


so bagaimana dgn persiapan Raya?..*rayarayaraya, ko tak ada benda lain nak pikir ke?*






Sunday, August 7, 2011

Diari Ramdhan # 7




___________________________________________
___________________________________________________________

"Diari Ramadhan #7"

___________________________________________________________
_________________________________________



alhamdulillah...cepat je masa berlalu..tuptup dah Ramadhan ke 7 dah..hari Ahad ni mesti dah ramai org BERPUSU-PUSU membeli barang nak RAYA kan?...baju raya, kuih raya, langsir raya, mengecat rumah...semua nak baru...well kali ni aku rasa aku nak BESEDERHANA jelah...dah alang2 aku beli baju Raya nanti aku beli terus sekali baju utk msk Kelas nanti...tak payah la nanti nak masuk Sem baru sebok2 nak beli baju baru kan...

Satu cara Famili aku selalu gunakan masa2 nak raya ni ialah, kalo nak SHOPPING barang raya selalunya mesti dah nak habis puasa...sebab time tu dah start SALE penghabisan Stok Raya...so harga boleh KAWTIM lebih sikit la...lagi satu aku jenis yg tak suka keadaan tmpt yg ramai org..sbb tu smpi sekarang aku tak pergi2 lagi Bazaar Ramadhan...aku pening tgk ramai org...tp yg sudah pasti mak aku mesti nak beli baju Raya dia kat area2 Jalan TAR...so terpaksa je lah ikut...hadapi SEGEROMBOLAN manusia2..so oleh sebab itu aku suka beli time2 nak hujung Ramadhan..dah kurang orang..

Kalo famili aku jugak, kalo bagi lelaki, senang je....satu BAJU MELAYU dipakai utk 2 RAYA....ha jimat tak jimat?..bagi aku baju melayu tak perlu nak beli tiap2 tahun, sbb mak aku selalu cakap..."ala lelaki pakai baju melayu time nak semayang jumaat je"...haha..aku boleh setuju dgn itu juga...lelaki lebih senang berbanding perempuan...kalo aku, pakai baju melayu masa nak pergi masjid n ke kelas hari jumaat je...buat ape nak banyak2 kan....kalo Perempuan tu lain lah...kalo dalam sehari ada 2-3 kelas, kalo boleh setiap waktu kelas tu nak tukar baju kurung kan...haha...

so Persiapan raya aku utk kali ni akan berUNSURkan SEDERHANA....baju Melayu aku rasa kali ni tak perlu...samping?..ha samping dari aku sekolah menengah sampi sekarang pakai samping yg sama...tak pernah tukar...haha..sbb samping SONGKET kan mahal...so tak perlulah nak beli selalu...

Songkok?...ha yg ni aku tak tau lah kenapa setiap tahun aku kena beli baru...aku rasa setiap tahun KEPALA aku semakin MEMBESAR kot...ke aku BESAR KEPALA?...tak muat...haha....so that's basically everything for this year's persiapan raya...


p/s : Wah harap2 raya tahun ni banyak dpt duit raya..nak POW mak cik2 aku banyak2 lah...*berdoa*..haha




Friday, August 5, 2011

Bila Nak Raya Ni!.- Diari Ramadhan #5 Siri 1



_________________________________________
_______________________________________________________

"Cepatlah Raya"
-Siri 1
_______________________________________________________
________________________________________



aish...Bila Nak Raya Ni?...ceeyh ada ke org fikir mcm ni sekarang??...baru masuk Ramdhan ke 5 dah sebok fikir nak RAYA...org Tua2 selalu cakap "Kalo tak Puasa penuh, Tak boleh Raya"....apa kata kita ubah sikit.." Sapa tak Sempurna Puasanya, jangan Lebih2 Nak Raya"..boleh ke macam tu?...maksud SEMPURNA di situ bukannya apa...setiap manusia tiada yg SEMPURNA nya..tp kita masih boleh cuba utk menjadi yg terbaik....SEMPURNA di bulan Ramadhan boleh dikecapi dgn

  • Berpuasa dgn berSUNGGUH-SUNGGUH kerana ALLAH swt
  • Kawal diri dari perkara mungkar seperti MENGUMPAT, MELIHAT benda HARAM
  • Perbanyakkan bersedekah
  • Menjalankan amalan Sunat (pastikan wajib dibuat dulu)
  • Perbanyakkan berzikir
  • Khatam Al-Quran
  • Solat Sunat Terawikh
  • dll


Macam2 cara lagi yg kita boleh buat utk mendapatkan Ramadhan yg SEMPURNA....Rezeki Allah nak beri pahala tiada batasnya..sekecil2 kebaikan kita buat, akan dpt pahalanya, INSYAALLAH...semuanya senang utk kita lakukan..tp hanya nak tak nak je yg membezakan kita utk memilih PAHALA atau DOSA....

aku bukan cakap di sini seperti aku BAGUS sangat...Khatam Al-Quran?..aku pon masih sumbang membaca al-quran, tergagap2 lagi...tp tak bermaksud tak boleh belajarkan?...kalo tak belajar sekarang..tetapkan lah dlm HATI pahat dalam JIWA bahawa satu hari nanti aku akan mendalami ilmu al-quran...NIAT itu sesuatu yg amat penting...tp jgnlah salah gunakan perkataan NIAT itu...niat lah dgn bersungguh-sungguh...janganlah sekadar berNIAT....

ok puas dah TAZKIRAH?...haha..ok dah MENCANAK dah matahari di atas angit, baru aku nak buat ENTRY?...aduh..maaf aku hampir2 kering kontang dgn IDEA apa nak tulis...so aku pon terfikir nak buat entry ni...

ok2 aku sebenarnya ada benda nak sambung lagi ni...tp di masukkan dlm SIRI 2 lah..sbb takut panjang sangat pulak nak di baca..kesian, kan korang PENAT BERPUASA, tak larat nak baca panjang2....*prihatin tak aku?*ok Salam Ramadhan Hari Ke 5!



P/S: apa juadah berbuka kali ni ek?..ceyh ko puasa sebok2 nak fikir buka, buka,buka...cuba tolong mak masak kat dapur...hehe..sory mak..aku byk habiskan masa dlm bilik..hehe



Sunday, July 10, 2011

Mazhab Hanafi Masjid India



__________________________________________
__________________________________________________________________________________

"Masjid India"
- Mazhab Hanafi 

_________________________________________________________________
__________________________________



gambar di curi di SINI

a short update, just nak beritahu benda yg mmg dah lame, tp aku yg KUNO ni baru tahu bahawa Masjid India kat KL tu rupa-rupanya mengikut Mazhab Hanafi...semua org tahu kebanyakkan org Islam kat Malaysia ni, terutama orang Melayu mengikut Mazhab Shafie kan, tp di Masjid India ini mengikut mazhab lain..

mcm mane aku tau benda ni?..yelah, tadi masa sebok2 lepas pergi kenduri sambut Ramadhan mak cik Emak aku, lps tu singgah la ke Jalan Tar...bila dah pukul 5.30 petang, ayah aku ajak la pergi sembahyang....mmg bila sampai sane rase lain betul...rasa mcm bukan kat Malaysia....hehe..sbb suasana dy lain sikit....yelah aku mmg KUNO sgt...kata org Malaysia, tp Masjid India pon tak pernah pergi...1st time kot pergi sini....

ok2...masa lepas sembahyang Asar tu dr pukul lbh kurang 5.30-5.35....ceyh kejapnye semayang, ekspress betol...haha...sejurus shj aku memberi salam..tiba2 azan pulak!!...ha Azan?...aku terus cek jam..jam tunjuk pukul 5.35++...silap ke jam aku ni...tgk phone pulak...same jugak...eh biar betol...ape ni...aku semayang ape ni tadi??...aku dah was2...mak ai, aduh sudah...

lepas tu aku terkinja2, bajet budak2 tanya kat Abah...ermm "Azan ape tu?"...bapak aku bg tau Azan Asar lah...sini ikut Mazhab Hanafi....oh baru aku tau..patutlah pelik semcam je...aku ingt aku ni dah mental ke ape kan..haha... nak kepastian punya pasal siap tanya pak cik berbangsa India yg menjaga masjid tu..mmg dy kata situ ikut mazhab Hanafi...rupa2nya Asar je waktu dia lain...yg waktu sembahyang lain same je...khutbah Jumaat pon katanye dlm bahasa India Tamil...so kalo aku smyg Jumaat sane jgn harap nak pham lah ye..hehe...ok ape2 pon dpt lah info terbaru kan...dr smpi bila2 tak tau..akhirnya tau oklah jugak...

p/s (1) : masa jalan2 kat Jalan Tar, Perdana Menteri datang tau kat situ..jenguk2 suasana kat situ...tp aku tak sempat tgk..mmg tak kesah pon sbnrnye...haha..

p/s (2) : perghh ramai dah org mula berShopping2 sakan eh utk raya...belom puasa lagi dah bershopping gila2....aku kalo shopping utk raya suka last2 minit...malas nak awal2..haha...lagi pon akhir2 lah SALE SALE SALE..Jualan Penghabisan kan...ha...tp nak berterus terang semangat nak Raya masa kecik2 dulu dgn sekarang mmg dah turun...dulu kecik2 eksaited nak berRaya...tp sekarang dah tak sgt....beli baju pon sempoi2 je...dah tak vogue sgt dah..haha...harap2 kali ni semangat Raya kembali...tp yg lebih penting ialah semangat dlm Bulan Ramadhan...bulan utk menyucikan jiwa aku yg dah kotor ni...harap2 aku berjaya tangkis segala nafsu dlm diri ini..insyaallah...







Tuesday, November 16, 2010

RAYA AIDILADHA..

 p/s: gamba ni saya bukan sya punya....

SELAMAT HARI RAYA KORBAN KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI MUKA BUMI INI


AHHH......raya kali ni nmpknye, x blk ke kampung,.......raya kat KUALA LUMPUR jek.......bosan....suasana raya mmg x rase......tp nak wat cmne.....mak ngan ayah ad hal, x dpt nak pulang ke kampung halaman menjenguk nenek......haiiiii rindu la kat nenek......dah la x dpt tgk lembu kena sembelih, dpt mkn rendang daging fresh......HOI, melepas ak.....haha.....rilek la.....

persiapan menjelang raya??.....ishish.......esk nak raye baru nak bli brg nih....td pergi ke TESCO.. ..mak ai...smpi kat sane,daging ayam sume lesap.....eh diorang ni nak melantak ke ape....tgglkan la aku sikit...kempunan ni......haha......tp dpt la seekor dua nak wat rendang ayam.....bg ak, aku lebih suke rendang ayam drp rendang daging.....sbb daging....hmmm, aku x suke la senang cite, x yah nak tau sebab....

ni satu persoalan ak dr dulu.....ketupat ngan nasi impit tu same ke eh??...dr kecik smpi dah beso panjang ni (x panjang pon)...x dpt nak bezakan....yg ak tau, melantak je......rase pon same..... 

ok la.....x nak taip panjang lg.....so sekali lg, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat sume...