Selongkarlah

Showing posts with label photoshop. Show all posts
Showing posts with label photoshop. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Tutorial Sharpness



_________________________________
_____________________________________________________

"Ketajaman"
-Sharpness

_____________________________________________________
__________________________________



ok entry kali ni aku buat kerana ada kenalan Blogger yg tanya aku bagaimana nak kembalikan kualiti gambar setelah di edit...hrmmm mula2 aku tak berapa tahu mcm mana caranaya...so aku ada buat sedikit kaji selidik *wah siap kaji lagi* cara2 nak tingkatkan atau kembalikan kualiti gambar..

so berdasarkan pemrhatian, hipotesis, hipnosis, inferens, dan juga segala pembolehubah, aku telah berjaya utk mendapat jawapan iaitu TIADA cara sebenar utk membuat gambar tinggi dari segi KUALITI...what??..ok kebanyakkan jawapan yg aku terima ialah "Tidak boleh memboleh buat gambar menjadi lebih berkualiti, tetapi boleh menjadikan gambar tampak lebih menawan, tertawan di hati"....

so bagi aku, salah satu cara untuk membaiki Gambar yg tidak berapa cantik ialah dgn MENAIKKAN atau MEMBESARkan saiz gambar...semua Software ada benda ini..seperti PHOTOSCAPE dan juga PHOTOSHOP...just Klik IMAGE-IMAGE SIZE utk Photoshop...tp cara ni aku tak berapa berkenan sbb gambar yg saiz besar, ssh utk di Upload....so cara ni tak berapa sesuai bagi aku la..

so cara yg aku rasa TERBAIK dan TERMUDAH bagi aku ialah dgn INCREASE SHARPNESS...senangkan?...kalo guna photoscape lg mudah...satu klik saja...utk sapa  kononya nak  ADVANCE sikit, guna photoshop...caranya mudah saje..



1- Bukak gambar dlm photoshop
2- Image-Adjustments-Auto Levels-Auto Contrast- Auto Colour
3- lepas tu increase CURVES (ctrl +m) kemudian cari yg sesuai
4- Filter- Sharpen Menu-Unsharp Mask
5- boleh juga gunakkan utk Increase Sharpness...pastikan jgn lebih2...besederhana amalam Mulia
6- Siap...kalo dah lebih baik dr sebelumnya Tahniah...kalo tak cuba lagi atau mungkin ada masalah pada gmbar anda



p/s : Tips jangan terlebih mengedit...kerana Edit yg berlebihan boleh merosakkan gambar...so kalo ingin mengedit sesuatu gambar amalkan amalan Bersederhana...

p/s : tutorial ni tak boleh jadikan gambar dari kamera Handphone kepada Gambar seperti dr Kamera Compact atau DSLR...


so itu saja lah...aku bukan seorang yg ARIF ttg bab2 photography atau edit mengedit ni...aku bukannya pelajar Seni mahupon Budak Photo....hanya sekadar utk main2, suka2 je adalah..tp kalo aku ada ilmu sedikit apa salahnya nak berkongsi...ok tu saja...




CONTOH
____________________________________



sebelum dan selepas









Friday, August 12, 2011

Tutorial Melendingkan Boneka



_________________________________
______________________________________________________

"Melendingkan Boneka"
-tutorial

______________________________________________________
________________________________



hello!!..assalamualaikum salam sejahtera, kepada anda semua moga berbahagia...ewah..

okay alhamdulillah sekali lagi dengan izin Allah swt aku berjaya membuat Tutorial yg tak seberapa ni...*mood alim*....kali ni aku nak ajar sekali gus tentang cara2 nak menghilangkan OBJEK dan juga Melendingkan badan2 atau objek2 dlm gambar..jadi entry kali ni serius...aku ulangi SERIUS...*ini serius* banyak gambar...supaya korang suma faham apa yg aku nak ajar di sini...so ok, lets begin...




PERTAMA
_______________________________



Masukkan gambar..pilih QUICK SELECTION TOOL seperti dlm NO 1...pilih bahagian atau objek yg nak sahaja..background tak perlu



KEDUA
_______________________________________



nmpk tak DOTTED LINES kat luar bahagian ELMO tu?...kalo dah puas dgn pilihan KLIK no2 iaitu REFINE EDGE...




KETIGA
_______________________________________


KLIK no 3...tarik lah mana yg patut di tarik, ikut kesesuaian...




KEEMPAT
_________________________________


kali ni backdround hilang..ye hilang...jangan panik...klik semula no 4 utk dptkan balik BACKGROUND...
kemudian KLIK no5 iaitu dgn cara CTRL dan KLIK gambr HITAM itu...



KELIMA
__________________________________


ok dah buat??..and then step setereusnya ialah dgn KLIK no6 iaitu SELECT - MODIFY  - EXPAND....
utk expand, pilih asalkan telah buat DOTTED LINES tu keluar sedikit dari objek yg di pilih...
aku selalu guna angka 10

so far so GOOD??..ok continue




KEENAM
_____________________________________



on next step di perlukan utk menekan BACKGROUND dahulu, selepas itu KLIK sperti no 7, iaitu dengan cara  SHIFT + BACKSPACE utk Windows users...
and cara SHIFT + DELETE utk Mac users...(bapak kaya sape ada)



KETUJUH
_______________________________________


ok kat sini boleh di lihat OBJEK dipilih telah hilang...POOF!!..hilang...ok cara ni boleh juga utk di gunakan utk hilangkan orang dlm gambar...tapi jika ada cacat CELAnya pada gambar...boleh di hilangkan dgn guna CLONE STAMP TOOL atau PATCH TOOL....*ada beberapa cara lain, tp ni paling simple*


ok KLIK no8 utk kembalikan semula Gambar...

then KLIK no 9 iaitu dgn cara RIGHT KLIK - DESELECT

seLepas itu korang boleh nampak yg DOTTED LINES dah hilang..so continue with the next step




KELAPAN
____________________________________




klik no 10...Iaitu EDIT - PUPPET WARP

di ikuti dgn step 11....pasang pin2 pada bahagian yg tak mahu di gerakkan....jika tersalah letak, just KLIK DELETE.....

utk gerakkan satu2 bahagian, KLIK HANYA pada satu PIN, dan gerakkan pin tersebut pada destinasi yg ditujui *ayat bangang*

utk menggerakkan BEBERAPA pin sekali GUS, KLIK SHIFT dan klik beberapa PIN lain, dan start DRAGGING those PINS.....

p/s : berhati2 supaya pergerakan tak nmpk mcm KARTUN sangat....kena practice selalu..





KE SEMBILAN
______________________________________


tangan ELMO sudah di gerakkan..

selepas berpuas hati dgn hasilnya, KLIK FILE - SAVE & - APPLY ..dan jangan lupa utk tukar kepada file JPEG....





HASILNYA
__________________________________





selepas di tukar ke FILE GIFS (animated gifs) boleh jadikan juga gambar gerak2...





Dah siap satu lagi tutorial...ok?..faham???..jika ada sebarang pertanyaan silalah MENYILAKAN diri tanya kat ruang KOMEN....maaf jika ada yg pening tgk Tutorial kali ni



 p/s : Puppet Warp hanya utk Adobe Photoshop cs5




_________________________________________________________

Gambar yg telah di ubah suai oleh aku
_________________________________________________________









 ok tenkiu...selamat mencuba bg siapa yg teringin nak mencuba







Tuesday, August 9, 2011

Puppet Warp Adobe Photoshop




_______________________________________
_____________________________________________________________

"Puppet Warp"
- cs5

___________________________________________________________
______________________________________




yess kali ni aku berjaya buat teknik Puppet Warp atau di GOOGLE TRANSLATEkan ialah MELENDINGKAN BONEKA...bunyi pelik??..ya tapi itulah kebenarannya...nak tengok mcm mana Puppert Warp ni berfungsi??..contoh seperti gambar model tersohor Natasha Poly yg kononnya aku tangkap...




Original
________________________________________







Non Original-Cetak Rompak
________________________________________






bolehla for first attempt kan?..Puppet Warp ni hanya boleh di gunakan di Adobe Photoshop cs5 sahaja..sbb yg version terdahulu tak ada Puppet Warp...yg bestnya teknik ni ialah kita boleh menggerak2 kan gambar menjadi seperti yg kita nak...kalo nak Panjangkan Kaki, Besarkan Peha, atau bagi lelaki yg nak BESAR kan ehem ehem pon boleh....haha...tp realiti tak besar pon..*ok lucah*..faham2 jela ye...kalo tak faham otak anda mmg suci...


ok aku mmg banyak mungkir janji...dulu2 kata nak tunjuk cara CRACK Photoshop cs5 supaya dpt Full Version, nak Hilangkan orang dlm gambar, tapi satu tutorial pon tak buat....ok2 lepas ni aku janji akan mengotakan Janji aku tu...cuma yg bahagian crack Photoshop jela yg tak boleh...sbb aku dah lupa..aku pon blajar dr orang....cara utk hilangkan org aku akan buat utk next, atau next punya, next punya entry..haha...ok tangguh kerja lagi...



okthanksbye



Monday, August 1, 2011

Perubahan - Diari Ramadhan #1



__________________________________
__________________________________________________

"MakeOver"
__________________________________________________
_________________________________



Perubahan...bukannya aku maksudkan ape perubahan aku nak bila menjelangnya RAMADHAN ni ye...opkos lah aku nak menjadi lebih baik, blablabla kan?...semua org nak mcm tu...Perubahan yg aku maksudkan ialah makeover...hrmm ape yg nak di makeoverkan???..ala tak perasan ke??..ni nak merajuk ni..bahaha..ok2 tak ada makna aku nak merajuk2...so ada perasan tak perubahan sikit kat blog aku ni??...tak nampak..arghh senang aku bagitau jelah   aku dah ubah HEADER blog aku...ada nampak??..ADA?




DAHULU KALA
___________________________





SEKARANG KALA
______________________________




HAHA.. org masuk2 je blog aku, biar TERPERANJAT tgk ada RIMAU tenung..haha... ni jelah HEADER yg aku mampu buat..aku tak pandai buat2 HEADER ni...asal cukup makan sudah...mesti ada org kata nape tak letak MUKA SENDIRI beso2 kat situ??..ala tak BERANI lagi lah nak letak gambar sendiri kat situ...takut org masuk2 terCAIR pandang aku...motif org nak CAIR?...mcm Hot melecur sangat....

tah lah...aku terINGIN nak letak gambo BESO2 sbg HEADER aku tu...tp still smpi sekarang tak jumpa gambar DIRI SENDIRI yg berkenan di hati...aku tak PHOTEGENIC....aku PHOTOALLERGIC....kalo jenjalan je aku je yg amik gambar...org tak teringin nak amik gambar aku yg Kononnya Hots ini....



Bila Kamera Turun : Perghh Macho siot...(real life tak macho ye)
Bila Kamera Angkat : Start lah muka selebet..hancur...



tak mampu lah aku nak dpt gambar2 aku yg cantik...ada je tak kena...kalo ok pon kena lah COVER2 sikit JERAWAT dan BEKAS2 JERAWAT tu...takut nanti org masuk blog aku terperanjat..haha,,mungkin sebab itulah aku tak guna gambar sendiri sebagai Header Blog...tp kadang2 ada jugak aku post gambar aku kat sesetengah entry...tu pon BERATUS2-RATUS kali tangkap gambar baru dpt yg OK2 jer...tp bila buat, ada je tak kena...hrmmm, tak pe2..at least ada Header buatan AIR TANGAN sendiri..oklah kan..

ok itu je Short Entry kali ni...bye2...




P/S 1 : semua org Wish Salam Ramadhan kat Belog...aku tak ada ke nak wish2 ni??...oklah2..aku pon harap tak TERLAMBAT nak wish ye...


**********************************************************************

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 
kepada semua 
MUSLIMIN dan MUSLIMAT

***********************************************************************





P/S 2 : Aku baru belajar cara2 nak HACK PHOTOSHOP supaya dpt FULL VERSION...ada sesiapa nak aku buat TUTORIAL tak??...aku hanya akan buat jika ramai yg nak je..kalo tak ramai..hmm tengoklah..bahahah




P/S 3 : Semperna Ramadhan Al Mubarak ni..aku nak buat kelainan sikit...Just untuk bulan Ramadhan saje ye...SETIAP TAJUK ENTRI BARU aku akan masukkan sekali DIARI RAMADHAN #1,2,3,..... seterusnya...saja nak bikin lain sikit...supaya hari2 aku merajinkan diri untuk Update time puasa ni..yela, time ni kan lemah lesu sikit..maybe akan TERMALAS UPDATE...so aku akan cuba sedaya upaya update ye...okthanksbye....berbisik *Yusof Taiyooob*





Tuesday, July 26, 2011

Koleksi Vintage dan Solar Flare



____________________________________
__________________________________________________

"Vintage & Solar Flare"
-volume 1
__________________________________________________
____________________________________




gambar yg dah lama ambik..tapi tak ada lah lama sgt..bila godek2 balik album..ternampak gambar2 ni..terasa nak buat light Editing pulak..ye la, kan aku tak ada kerja lain kan...ni jela yg aku buat time2 waktu senggama senggang ni...Senggama?..okbye..


SOLAR FLARE
___________________




one of my girlfriends (kawan baik) NurAzarina :)

my nephew..Daniel Izz Jauhary



My niece and nephew
Nuri Keyshia Irdina and Daniel Izz Jauhary :)



VINTAGE
_______________________________



my cousins and sister



The Fabulous Cats..time Dinner DEM


The Fabulous Cats ( Kucing Hebat)
-tak vintage sgt pon..haha


 
Dataran Lang, Langkawi




 the siblings..i called ourselves as The Jibs..
Dheena, Nuri, Afieq
aku tau korang nak kutuk aku lah tu...aku time ni gemok ok..dah lama gmbar ni...sblm aku diploma lg kot...haha
sekarang dah selim melim *mimpi*



ok dah itu saja...ceyh update entry hari ni mcm WORDLESS WEDNESDAY je..aduh ok2..itu saje..bye...selamat berjumpa kembali..


Assalamualaikum, tak jawab dosa, jawab sayang..
so sape yg baca entry ni tak jawab Salam dgn Komen berdosa..ayo tak tahu..haha..okthanksbye..






Monday, July 25, 2011

Kelip -Kelipan Asmara - Tutorial



____________________________________
______________________________________________________

"Kelip-Kelipan Asmara"
-Tutorial

______________________________________________________
___________________________________



yey sekali lagi aku berjaya buat tajuk entry yang bangang!...tak ada kena mengena langsung okey dgn Asmara antara manusia2 mahupon binatang di muka bumi ini...org yg laju2 klik Entry ni sbb tgk tajuk mesti org yg tengah GERSANG...bahaha..ok2...ape2 pon aku nak buat entry satu lagi mengenai Tutorial Photoshop..

ok..korang pernah tak ada baju (ceyh mmg la ada baju, ingt miskin sgt ke)..maksud aku ada amik gambar baju korang yg Kedebom kononnya cantik tu, tp bila pakai n amik gambar, hampeh je...warna tak cantik pulak...so kali ni aku nak ajar bagaimana nak menukar warna dlm gambar...sama ada warna Baju, kereta, kasut, dan sebagainya dan sewaktu dengannya..korang boleh lakukannya ..yey..!..



contoh gambar adalah seperti di bawah



                                                                              original                                                  edited


p/s : lepas ni boleh la post gambar pakai baju sama..boleh tipu orang kononya baju lain..padahal satu baju je...jimat duit..bahaha ok macam ni caranya...lepas ni kalo korang pening, binggung..otak nak pecah tgk Tutorial aku ni...arh lantak lah korang pening..Biar jadi BLUR mcm aku...bahahha...


_______________________________________________________

Penting
Mesti ada software Adobe Photoshop tak kesah version ape...aku guna CS5.1 Extended..
okey dah ready utk peningkan kepala?..nah hamek ko!


Langkah Pertama


bukak Adobe Photoshop...and then Insert gambar yg di ingini utk di tukar Colour :)


Langkah Kedua


Klik dekat Image bahagian yg di bulat kat Atas tu, and then korang akan nmpk ADJUSTMENTS...
dalam ADJUSTMENTS tu kat bawah ada REPLACE COLOUR...klik benda itu..


Langkah Tiga


gambar seperti di atas akan muncul...lepas tu KLIK kotak merah itu...


Langkah Keempat


ikut nombor

1. Klik pada bahagian yg nak di tukar WARNA..
2. Control FUZINESS...ini bertujuan utk dptkan warna yg di ingin ni lebih tepat dan padat..
3. Klik HUE...ini untuk menukar warna...pilih warna yg diingini...pastikan warna tak kelakar sgt..haha
4. SATURATION uttk keterangan warna
5. LIGHTNESS utk kepekatan warna..

p/s : pandai2 godek sendiri...try and error..


Langkah Kelima


Dari Kamera LOMO DIANA+ pink bertukar BIRU :)

6. Pilih benda dlm kotak itu..
korang akan nmpk sama ada (+) atau (-)
ini bertujuan utk membaiki cacat yg ada....
contoh kalo ada COLOUR lama yg masih ada...lepas tu KLIK (+) pada warna lama itu utk tukar warna baru
dan (-) utk kembali warna lama...berhati2 buat benda ni...




Langkah Keenam


katakan lah ada bahagian luar dari Gambar yg anda inginkan TERTUKAR WARNA sekali...senang saje...boleh padam guna ERASER...Klik Ikon eraser kat kiri tu, and betolkan supaya ERASE TO HISTORY...and anda sume juga boleh kontrol keTEBALAN alat pemadam tu...


Langkah Ketujuh
bila sudah berpuas hati dgn Hasilnya...klik FILE..SAVE AS, tukar ke JPEG IMAGE...



SIAP!
-sebelum dan selepas






_______________________________________________________



untuk gambar KELIP KELIPAN itu aku guna software yg simple sangat2...
PHOTOSCAPE...simple, tp berguna!..





1.ok kedua2 gambar tadi SEBELUM dan SELEPAS di masukkan ke dalam software Photoscape....dan masukkan ke Format ANGIF...

2. Adjust masa

3. Adjust saiz..kalo saiz besar TAK BOLEH masukkan dlm blog...terlalu berat...

4.Then SAVE...




HASILNYA











ARGHHH...penatnya buat ENTRY kali ni!!...anyway, SELAMAT MENCUBA...and sesiapa yg dah try..aku nak tengok jugak hasilnya....kalo sudi, SHARE lah bersama aku....tinggal kan Link kat ruang KOMEN ye....bye...toodles...SALAM.. :)




Kelip-Kelip-Tutorial Photoshop



____________________________________
____________________________________________________

"Kelip - Kelip"

____________________________________________________
___________________________________


mungkin ramai dah tau teknik ni..tapi aku saje je nak share...ape benda?...esok2 lah aku tunjukkan caranya...sedikit preview gambar Kelip -Kelip ni






                                           kononya paparazi tangkap gambar lettew..                       wah bag dia liplapliplap


wah mentang nak Raya , ceyh puasa pon belom...gambar pon nak liplapliplap gitu...bahaha..




and nak share jugak kat sini...pergi baca entri ni 
-guna akal untuk menilai, bukan nafsu...well written bro...aku suka entry dia yg kali ni..






Sunday, July 24, 2011

Long Lost Brother-Panjang Hilang Abang?



_______________________________________
_____________________________________________________________

"Long Lost Brother"
-Panjang Hilang Abang

_____________________________________________________________
_______________________________________


1st thing 1st...macam sial siot je kan translate tajuk tu..haha...anyway...another short entry...aku just nak beritahu rahsia aku je...aku ni...erm...sebenarnya ada kembar....orang je tak tahu....aku kembar tiga....iras2 lah jugak...aku blajar UiTM S.Alam....sorang lagi blajar UPM, and sorang lagi UTM.....pergh sume jauh2...rindu gile kot....mmg bila pisahkan sehari pon rasa mcm ada diri yg hilang....satu hati terpisah berbulan rasanya....tapi bila dah jumpa...aduh tak payah cakaplah...mmg gila rumah aku.....tunggang langgang rumah...masalahnya rupa iras2...tapi perangai lain2....aku agak pengemas (ehem)..dua org lagi...mcm kotor sikit lah...

kalo mcm aku minat seni2 ni...yg dua org lagi tu minat Sukan...aku ala sukan yg aku main pon Badminton, berenang, Ultimate Frisbee...mcm tu jela....aku kaki bangku...tak pandai sepak bola....sempat belajar sekejap je main bola...tah lah...

nak tgk tak kembar aku yg dua org lagi tu??...kiteorang mmg suka pakai baju sama...saja nak keliru kan mak aku...haha...kesian mak aku...ok2 dah sekian lama aku mcm rahsiakan kehadiran kembar aku ni...nah tengoklah....kalo kawan2 aku rasa aku ni ANNOYING...kalo dah tiga2 org ni bersama...kawan2 aku boleh msk Hospital Bahagia dek kerana kiteorang...nah tengok lah...




*drum roll*




Afiek-Hafieq-Afeez













masa ni si Hafieq tu nak terBerak pulak...so kite dua orang jelah....









comelkan kiteorang sume??....kan??.....haha...maaf..maaf sangat....ni lah kesan cuti semester yang panjang...aku dah tak tau nak buat ape dah....aku dah pandai menipu orang...maafkan aku...sebelum Ramadhan ni ape salahnya nak tipu2 sikit kan??...ceyh bangang je....

sebenarnya aku ni ada KRISIS IDENTITI kot...aku rasa mcm ada aku yg lain je...sa sa sa saka ke?...jengjengjeng...ya allah..ampunn....maaf sekali lagi sume...byep!!...