Selongkarlah

Thursday, June 30, 2011

Mata - Hati - Akal

__________________________________________________________________________________

"Mata - Hati - Akal"
__________________________________________________________________________________




 




_____________________________________________________________________________________________

Mata...sebuah ciptaan Allah yg Agung,
Kurniaan pada setiap hamba-Nya,
Tapi apa gunanya mata kalau tak dapat melihat,
Apa gunanya mata kalau tidak tahu membezakan yang baik dan yang buruk,
Apa gunanya mata kalau tidak melihat keindahan dan memuji2 Ciptaan-Nya
Apa gunanya mata kalau hati tetap buta

Benar mata kita cukup berkuasa,
Tapi hati dan ingatan yang melihat,
Tutuplah kedua-dua belah mata
Untuk melihat dengan mata yang satu lagi
- Jalaluddin ar-RUMI  1203-1273

____________________________________________________________________________________________

Wednesday, June 29, 2011

Jangan Cepat Menilai

__________________________________________________________________________________________________________

"Jangan Cepat Menilai"
 - "manusia memang makhluk yang diciptakan suka tergesa-gesa dalam segala perkaranya
(surah al-Anbia 21:37)
 
___________________________________________________________________________________________________________


Jangan cepat menilai...ya manusia memang tak lari untuk bersifat cepat menilai tentang sesuatu perkara...jangan nak bohong, semua manusia memang cepat menilai...aku juga memang kalau tak selalu, kadang2 cepat menilai seseorang....sama juga seperti seorang hipokrit..semua manusia dibumi ni hipokrit...kalu anda cakap anda bukan salah seorang darinya, terang2 anda seorang penipu....

okey sebagai contoh untuk hipokrit ni, kita selalu nampak orang post kat info FB macam "i'm not a hypocrite, i hate people who talk behind people's back"...atau "i hate stalker, pergi mampuslah ko suka stalk2 page orang"..lebih kurang macam tu lah...tapi hakikatnya, dia sendiri pon cakap belakang orang...contoh dia tak berpuas hati dengan seorang kawan dia yg tak memberikan komitment dlm tugasan kumpulan, lepas tu bercerita pada ahli kumpulan lain..tak ke dikira sebagai hipokrit jugak...ataupon yg pasal stalker2 pada page diorang, mcmlah tak pernah intai2 page orang lainkan...rileks lah, dah nama pon Laman Sosial, mmg lah kena tgk dulu profile sblm add kan?...kalo tak nak kena stalk, tak perlulah buat FB mcm tu semua....

p/s: ceyh aku sejak kebelakangan ni asyik post entry pasal laman sosial je...tak puas hati lettew..haha...

ok amu  aku memang dah lari tajuk...kali ni memang aku tak nak bercerita tentang Laman Sosial lagi dah...muak dah pon..haha..okey JANGAN CEPAT MENILAI...menilai dari segi ape?..menilai sesuatu atau sesorang...kita sebagai manusia mmg tak lali utk menilai orang contoh:

  • Pemakaian
  • Percakapan
  • Rupa paras                      
  • Pergaulan
  • Kaum

p/s: mungkin ada lagi..tp ni saje yg terlintas di fikiran aku..

1)
Pemakaian @ permakaian ?..maaf BM aku fail...kena masuk tadika balik ni tak reti mengeja..ok ape2 jelah (watever)...kalau cakap pasal pemakaian je org mesti akan tengok dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki..memang lah cara pemakaian itu penting, tapi tak semestinya orang yg pakai tidak senonoh kurang sopan, koyak sane, koyak sini, terbukak sane terbukak sini tu HINA kan...ada je orang yg tak pakai tudung itu, yg pakai kurang sopan tu tak TINGGAL SOLAT 5 WAKTU kan?...yelah "bukan semua yang tutup aurat itu soleh @ solehah, tapi siapa yg soleh dan solehah itu semuanya TUTUP AURAT"...setuju?..ok pelik je bunyi nya..argh faham2 sendirilah...yg lebih teruk lagi ialah pihak perempuan...perempuan yg selalu di tibai habis habisan jika dipersoalkan tentang pemakaian...itu tak boleh ini tak boleh.."APA PON TAK BOLEH"...mmg lah batas aurat perempuan itu jauh lebih banyak untuk ditutupi oleh pandangan orang sekeliling..tetapi yang lelaki juga perlulah jangan pandang hina sangat wanita2 yg berpakaian kurang sopan...dari Lelaki2 yg berlagak MACHO dan GENTLEMEN maki hamun, tibai wanita2 tu berlagak mcm Ustaz, kan lebih baik anda semua guna cara baik..nasihat baik2...ni tak, nmpk perempuan berpakaian menjolok mata sikit, dah label diorang sebagai Pelacur, Minah Rempit, Perempuan Jalang...dari kutuk2 lebih baik nasihat cara baik..korang laki2 (termasuk aku) pon pandang2 jugak...bajet alim maki hamun org pasal pemakaian, tapi balik2 rumah, hadap komputer, bukak jugak lawan web Lucah kan...HIPOKRIT TU...kenal dulu orang itu..baru nilai baik buruk seseorang...

2)
Percakapan dan pergaulan aku sama kan dlm satu penerangan lah...perkara ini juga menjadi isu...Perempuan cakap cara kasar sikit, di Label "Tomboi"...cakap "lu der lu der" dah di Label "Pengkid"..same bg lelaki jugak...ada jugak senang2 di label sebagai rempit, orang kurang berpelajaran atas dasar cara percakapan dan pergaulan mereka...ye inilah yg terjadi sekarang ni kerana manusia selalu cepat menilai cepat melatah...tak kenal maka tak cinta...ada saje kawan2 aku yg cakap2 dgn aku mcm tak serupa bikin, cakap2 kasar, cakap kadang2 sakit ulu hati...tapi hakikatnya diorang tetap baik...dah pembawakan badan, nak buat macam mane kan..

3)
Rupa paras...ha yg ni memang selalu kita nmpk...di berikan situasi

Lelaki : Hai
Perempuan : eh muka macam pecah rumah mesti nak amik kesempatan dgn aku ni...lariiii...(dlm hati)

Lelaki : Hoi
Perempuan: eh mamat ni hensemlah...ada can nak tackle ni..Haiiii (cara gedik)

nmpk tak??...kadang2 lelaki yg tak berapa nak hensem, perut boroi, muka selebet tu dilabel sbg org yg kurang baik @ jahat lah senang cerita...sampai cakap HAI atau Assalamualaikum pon tak nak balas...yg bagi mamat Hensem dan cool pulak, panggil perempuan tu HOI je...dijawab dengan gedik pulak..aduh..nmpk sangat rupa paras di ambil kira terlebih dahulU sebelum hati...ingatlah segarang2 muka seseorang tu, punyai  hati dan juga persaan....."Muka Legend Tapi Kiut"...

4)
Kaum..yang ini mmg dah smpi tahap kritikal dah kat Malaysia ni...aku pon termasuk sekali dlm golongan ni...ye aku jujur...kadang2 kita nmpk Mat2 Bangla tepi jalan tu, kalo boleh cepat2 kita nak lari....kata bau busuk lah, bau Ketiak Tengik lah..tapi korang  kita semua kena ingat....diorang tu berbau tengik, hapak semua tu untuk negara kita juga tau...diorang yg bertungkus lumus menaikkan pencakar langit kat Malaysia ni, yang bina tmpt kita berteduh ni...lepas tu senang2 kita label diorang sbg pembawa Masalah negara...ya mmg segelintir meraka yg tidak berlaku baik...tapi tak adil bagi yg lain untuk di adili oleh kita yg cuma hamba Allah di muka bumi ni...mereka juga makhluk Allah, kita semua sama, warna kulit tidak membezakan apa2...warna kulit lain, tapi darah tetap warna yg sama...

lagi satu kalo kita nmpk mat2 indon dan mat2 nepal, bangla semua mesti kita label sebagai Buruh Kasar, Pak Guard, Penyapu jalan...huh..kalo nmpk mereka tepi2 jalan mesti fikir mcm tu..ya aku pon selalu fikir mcm tu...tapi kalo nak di fikir balik, bukannya hina sangat pon kerja diorang tu...Kerja diorang tu lebih bermakna dari kerja sbg seorang Arkitek, Engineer yg jauh lebih senang dari hidup sbg penyapu sampah, pengutip sampah yg kita semua buat...Arkitek2 semua mengeluh tak tdo malam nak siapkan projek, tapi alih2 dapat jugak tdo dekat katil empuk...mereka?..tiap2 hari bertungkus lumus menjaga negara KITA, yg akhirnya tidur juga di kaki2 lima, beralaskan kotak2 buangan...tak ke kerja mereka lagi Mulia dari kita?...cuba fikir...



ok lah...dah panjang berjela aku cerita..namun ni sajelah yg aku ingin katakan...untuk dikaitkan dlm dunia blog, persepsi orang terhadap sesuatu blog juga selalu kita lihat...mungkin blog orang itu tidak cantik, orangnya tidak hensem, tidak cantik, terus pangkah blog tu tanpa menghiraukan pengisian dlm entry tersebut...kesian...yg cantik terus maju, yg hodoh terus mundur....Persepsi orang, sukar untuk kita ubah..Minda orang2 zaman sekarang ni yg perlu kita ubah...mula dari diri sendiri dulu...cerminlah diri...yg kita lihat hanyalah Manusia yg sama di sisi Allah...



Saturday, June 25, 2011

TIKAM DARI BELAKANG - butang dajjal

____________________________________________________________________________________


"Tikam Dari Belakang"
-Butang Dajjal

_____________________________________________________________


saya guna aku...eh mcm penah dengar ayat ni...tapi dimana ye??...haha..MYNAMEISNAMEE

Pernah rasa kawan "Tikam Dari Belakang?"...aku dpt rasa aku akan ditikam dari belakang..tapi aku tak akan Cepat Melatah..tajuk nak gempak tapi tak bermaksud mcm tu pon...ape yg aku  nak cuba kongsikan di sini hanyalah pengalaman yg aku rasa...samar2, tapi perit...luka di hati siapa yg tahu kan?....ok tak perlulah aku bermukadimah panjang berjela2...ok semua ini memang perit untuk aku ungkapkan..memang sukar untuk aku kongsikan..tapi kalo bukan dengan berBlog, sape je nak mendengar keluhan aku ni...ceyh keluhan..ayat sume Bajet nak serius je..ko ingat ni BLOG SERIUS..haha

oklah...maybe tajuk entry kali ni agak DRAMATIK, tapi itulah yg aku dpt rasakan...kenapa?..semua ni berlaku kerana di sebabkan hal yang remeh temeh..aku pon tak faham kenapa org boleh tinggalkan kawan atas dasar ini...so, ape yg aku dah buat?...well straight to the point..korang ada Facebook? Twitter? Myspace ataupon yg dah lapuk dek zaman Friendster?..hmm mesti adakan..kalo ada pon maybe dah Deactivate..perasaan yg aku rase ni mmg aku rasa dalam 1000 orang aku sorang je pernah rase...tau kenapa?..perasaan aku bercampur baur..MARAH+KELIRU+LUCU+BERSALAH..pernah tak rasa di kecam oleh sesetengah orang?..pernah?..ye kalo sudah ada FB dan Twitter, mesti korang sume pernah rase...

tetapi kali ini pelik sikit..there's a twist in this Social Networking Game...kenapa?..semuanya ada kaitan dgn butang FOLLOW..siapa sangka ada muslihat Dajjal di sebalik butang follow ni...kenapa aku panggilnya DAJJAL?..sebab dajjal ni memang suka untuk memutar belitkan manusia agar bermusuh musuhan..kan..sehingga "kawan pon makan kawan"...butang dajjal ni lah permulaan bagi segala-galanya...kenapa??..di sebabkan butang dajjal inilah yg menyebabkan aku di tinggalkan kawan aku..ye aku tak tipu..namun sedajjal-dajjal benda ini pon, manusia masih boleh berfikir kan?..fikir dengan waras, fikir dengan jelas...kita sebagai manusia seharusnya pandai mengenepikan permuslihatan ni...

kenapa?kenapa ia satu masalah?..ia, itu yg menjadi persoalan..kenapa?..aku di tinggalkan kawan aku sendiri yg aku kenal sejak dari peringkat diploma lagi disebabkan aku Menekan butang Dajjal ni...aku di tafsirkan sebagai seorang yang PELIK, suka merampas kawan2 orang lain...what?..like seriously?. aku Follow seorang rakan kepada rakan aku itu bukan untuk mencuri rakan anda..tidak..bukan itu maksud aku...orang follow seseorang hanya untuk mengenali orang itu..mungkin anda tidak suka dengan cara aku untuk BERKAWAN dengan KAWAN anda...tapi sampai begitu sekali seorang yg dipanggil KAWAN meninggalkan KAWAN di sebabkan hal yg remeh ni....kenapa tak boleh berfikir dengan waras wahai kawan...fikirlah..

konsepnya sama..twitter dan juga blog..konsepnya sama...Twitter pon di panggil sebagai MicroBlogging kan..kita perlu ke Keizinan untuk follow blog yg kita suka?..tak kan...ada anda perlu keizinan untuk follow blog saya aku?..tak..berserah pada masing2..jadi aku di tinggalkan hanya di sebabkan aku FOLLOW KAWAN kepada KAWAN aku ini...memang cetek pemikiran anda rupanya KAWAN...anda masih tidak faham bagaimana Laman Sosial berfungsi...This is how social networking works...sometimes people follow person who they don't know...dah jangan kata pada aku yg kau tidak pernah Follow orang yg tidak kau kenal...jadi kau follow LADY GAGA buat ape?..dia ada kenal kau ke Wahai KAWAN yg budiman...aku kesian dgn pemikiran sesetngah orang..ye aku akui aku pon masih belajar tentang siku liku kehidupan...tapi tak bermaksud dalam mengenai erti kehidupan itu aku sanggup mengenepikan orang yang di panggil KAWAN...

jika anda tidak suka saya aku follow KAWAN anda..jadi sebagai suggestions, tolonglah WATERWARK gambar kawan2 anda dangan perkataan "MY FRIENDS ONLY"...atau "THIS IS MY FRIENDS GET YOUR OWN"..mcm tu baru lah aku tahu...kenapa aku di persalahkan dengan benda yg aku tidak tahu...jika wahai KAWAN anda berterus terang aku tak akan terhegeh2 hendak menekan butang dajjal itu...tapi bagi aku, jika anda hendak follow kawan aku itu tidak mengapa...tekan lah butang itu...aku tak LOKEK untuk berkongsi kawan...kerana aku tahu kawan2 aku semua layak dijadikan sebagai kawan.."KAWAN BIAR BERIBU, KEKASIH BIAR SATU"...

berguling2 dikatil..butang dajjal ini menimbulkan pelbagai persoalan di minda aku...kenapa KAWAN ini bersikap begini?..adakah KAWAN, kamu takut untuk aku mengetahui RAHSIA TERBESAR DALAM HIDUP KAMU?..Ini juga satu PERSOALAN..




p/s: dalam tempoh masa kita berkawan, aku semat dalam hati, biar orang kadang2 kata kita sombong, kita pelik, kita bodoh, kita angkuh, kita hodoh, kita bebal, kita sengal, namun jika seseorang itu di panggil KAWAN, selamanya akan dipanggil KAWAN...alhamdulillah sekurang-kurangnya Allah dah tunjukkan aku untuk mengetahui siapakah KAWAN yang sebenar..





Monday, June 20, 2011

Isu Itu Tidak Penting..

____________________________________________________________________________________

"Isu Itu Tidak Penting"

____________________________________________________________________________________


Isu itu tidak penting..isu ape ni?..isu negara?..isu politik?..isu selebriti sensasi? ataupon isu masalah peribadi?..maaf bukan itu yang aku nak sentuh..jika isu2 seperti itu yang anda mahukan, sila pangkah page ni..sebab sume itu tiada di sini (jangan pangkah please i'm begging u)....

ok mari mula...isu ape yang Tak Penting Sangat bagi aku ni?..well isu yang aku ingin bentangkan kat sini ada kena mengenanya mengenai Isu Blogger...kenapa aku gelarnya ISU BLOGGER??...well kerana setiap blogger pernah, walaupon sekali pasti akan lalui isu ini...come on lah what's the issue??...isu yang aku ketengahkan ni ialah isu mengenai bilangan FOLLOWERS...ok, dah tahu isi, sekarang ke huraian..

Followers ooh followers...setiap Blogger akan dambakan bilangan followers setiap hari, mahupon setiap masa...aku ni pon terlibat sama dalam kancah isu ini...kenapa?...setiap kali aku bukak Blog aku, benda pertama yang aku akan tengok ialah bilangan followers aku...sama ada peningkatan ataupon stabil...hmm kalo tiada aku beralih kepada comment...ia itu benda pertama aku tengok sebelum aku sambung untuk berblog walking ke blog2 yang telah di follow oleh aku...

well apa yang isu ni hangat sangat yang nak ko bincangkan di sini wahai AFIEQ?..biasalah, semua orang ingin kan bilangan followers yang ramai..tapi pernah tak terfikir atau terlintas di fikiran korang..followers korang tu betul2 mengikuti perkembangan blog korang ke tak??...bagi aku bukan semua Followers itu akan jenguk datang ke blog untuk baca blog ini...aku tahu itu terpulang kepada Blogger itu sendiri untuk menarik minat follower mereka untuk membaca dan terus membaca kandungan yang ditaip oleh bloggers itu sendiri...kandungan mesti lah sesuatu yang boleh di terima akal, sesuatu yang bermanfaat kepada setiap yang membacanya...namun isunya masih sama iaitu Bilangan Followers...kenapa isu ni selalu dihangat2 kan oleh ramai bloggers lagi??...pada mulanya aku memang mendambakan bilangan followers yang ramai untuk menjenguk ke blog aku ini...namun aku fikir2 balik, itu bukan sesuatu yang penting..bilangan followers tidak menentukan bertapa berkualiti mesej yang ingin di sampaikan.."oh followers aku lagi ramai ,blog aku lagi berkualiti dari kau"..oh mcm tu.."followers aku lagi ramai, entri aku lagi best dari kau"

kadang2 aku juga pernah terfikir, ada ke orang yang baca blog aku ni??...kalau ada kenapa tiada komen??..ini boleh di ibaratkan seorang tetamu yang datang ke rumah tanpa memberi salam, tanpa menegur sapa...haha...tapi tu sume sudah tidak penting..sume punyai hak masing2 untuk memberi komen mengenai sesuatu perkara kan?..asalkan penulisan anda sampai di mata orang yang membacanya..ok..bagi aku, bilangan followers tidak menentukan segalanya..kandungan yang ingin di sampaikan itu yang penting...namun jika dah banyak followers tu jangan lah jadi angkuh pulak...dan yang masih baru dalam dunia blogging ni, janganlah jadi BODOH SOMBONG...ringan2 kan lah mulut untuk bertanya dan berusaha untuk meningkatkan kualiti blog korang...bak kata pepatah "Malu Bertanya Sesat Jalan"... jumlah followers memang sepatutnya tidak menjadi suatu isu lagi....apakah tujuan utama kita berblog??..mencari jumlah pengikut?...sampai siap boleh backlink lagi.."follow me back ye"..ape tu??...orang follow blog yang betul2 orang itu ingin tahu lebih lanjut pasal penulisan diorang dlm blog ni..bukan saje2 nak follow...ye Butang Follow tu mmg senang je nak tekan..satu klik je dah follow...so lepas tu ada jenguk balik kat blog orang tu??..ada?..mungkin sebulan sekali..atau maybe ada blogger yang harapkan "oh aku follow blog ni, nanti dy follow aku balik"..kalo mcm tu tak payah blog lah ok...

bagi aku biarlah entri sebulan sekali pon, jika sesuatu yang nak di sampaikan bermanfaat walaupon bukan pada semua orang, seorang yang mendapat manfaat dari entri itu pon sudah cukup..ok aku tak nak huraikan lebih lanjut pasal isu ni..huraian aku mungkin tidak mantap, namun sekurangnya aku ada benda nak di sampaikan di sini...huraian2 yang lain, lu pikir lah sendiri..tepuk dada tanyalah selera....dunia blog, dunia kita...berblog dengan ikhlas, berblog dengan hati terbuka... <---------pepatah paling bodoh aku pernah dengar...kbai

Saturday, June 18, 2011

Laman Sosial Punca Anti Sosial..SO SIAL

____________________________________________________________________________________

"Laman Sosial Punca Anti Sosial"
satu entry yang merepek

____________________________________________________________________________________ 



sekarang ni, cakap je pasal Laman Sosial...orang mesti akan cakap Wah Facebook, Twitter, Tumblr, Myspace dan yg paling lapok pon Friendster kan....sape yang tak tau pasal dunia2 laman sosial ni....budak2 umor 7 tahun pon sekarang sudah ada Facebook...maju tak maju budak2 zaman sekarang....aku ni, babitkan atau terjerumuskan diri dalam bab Laman sosial ni pon selepas SPM...ye aku tak tipu...tu pon sebab masa yang panjang untuk menunggu keputusan SPM, aku ambil masa untuk buat Facebook, yang kononnya tak nak lost contact dengan kawan sekolah aku....ya aku mengakaui aku tak mempunyai MySpace yang budak2 baru nak up dulu2 ada...aku memang tak ada....aku cuba2 buat lepas SPM jugak...tapi masa tu FB dah ada...so agak terlambat nak buat Myspace, so aku terus lompat buat FB...maju tak maju...nak advance je..haha...

ok..soal pasal Facebook...mula2 memang aku agak gian dgn benda ni...24 jam aku duduk menghadap benda ni...sekarang pon masih mcm tu...tp just sekadar tgk2 notification yg baru je...tak da lah nak sibok2 upload gambar2 mcm dulu2...makin hari makin bosan...ye makin Bosan...benda yang same..tak ada beza...well, agak lari tajuk sedikit kat sini...well apa kena mengena dgn Laman Sosial Punca Anti Sosial ni?...well, baiklah...mula2 biasalah, baru buat FB, add kawan yang kita kenal...mula2 "hey apa kabar?"..yg lain jawab "ye baik alhamdulillah"...yang paling malas pon just "LIKE" je comment tu....ok mula2 add kawan yg kenal...lepas tu add kawan yang mane2 tah just kononya nak tambah kenalan..nak tambah bilangan friends...masing2 merebut "friends aku lagi banyak dari kau...aku lagi pop"...well oh mcm tu...mmg mula2 sume nak kejar2 sape lagi banyak kawan...dah banyak2 kawan tu...aku garenti hanya 20% je yang betol2 korang ada berinteraksi dgn diorang kan??...betol tak..kalo tak setuju tolong pangkah ini page....

eh kawan ko masih tak jawab persoalan ko ni...Apa Punca Anti Sosial ni?...kawan bersabar...hehe..ok2, mungkin ada orang tak bersependapat dgn aku ttg ni, tapi ini yang aku fikir....ok laman sosial yang kita tau mesti ada hubung kait nya dgn alam siber kan?...yang kita hanya perlu duduk depan komputer, ON dan terus melayari laman sosial ni...so dimanakah kita berada sebenarnya??...kita masih berada di tempat yang sama, takuk yang sama depan komputer bersosial dlm alam maya..kita hanya berinteraksi dgn orang yang kita kenal mahupon yang kita tak berapa kenal dgn hanya mengetuk2 papan kekunci kat komputer korang....ada guna mulut??...tak adakan.. (well janganlah guna mulut pulak, karang bengkak bibir korang)..maksud aku ada bercakap??..ada??...tak kan...so adakah itu dinamakan BERSOSIAL yang sebenar??...pada pendapat aku tidak sama sekali...ok ada orang manis kata2 dgn hanya menaip di Laman2 Sosial...tapi bila kat luar sane..ada pandai bercakap??..bertanya??..ok kalo nak tau orang tu betul2 pandai bersosial yg sebenar, cuba dalam satu group, contoh dalam buat satu2 tugasan, kumpulkan orang2 yang kita tak kenal, dan buat tugasan tu...cuba tgk sape yg lebih menonjol sape yang tak..ha?!...kat situ kita boleh tgk, sape yang pendiam je, tak produktif, yang tu lah orang yang tak pandai nak bersosial...ye mungkin orang kata malu...tapi buat ape nak malu2...sume tak kenal sesama sendiri kan..ha inilah yg selalu kita nampak bila buat kerja berkumpulan dgn orang yang kita tak NGAM...kalo betul2 orang itu pandai bersosial..campak lah lubuk mana pon, campak lah ke negara China pon, konfirm boleh hidup punyaa...yg kumpulan yang sentiasa nak berkepit2 dgn kumpulan yang sama tu, campak lah sebelah je, pon dah tak boleh hidup..kan?.

mak aku pernah berkata "ko nak malu2 nak tanya orang buat ape???..tak ada hidung??"..ye aku pernah di tegur oleh emak aku begitu...kenapa??..kerana aku tidak tahu bersosial...BERSOSIAL di sini bukan bermaksud hanya dengan lepak dengan kawan2...pergi clubbing...kalo itu di definisikan sebagai Bersosial..memang SO SIAL lah...maaf terkasar bahasa....bersosial didefinisikan lebih dari itu..sosial itu sebenarnya adalah satu interaksi antara satu orang ke satu orang yang lain (definisi sendiri)...jika tiada interaksi sesama kita, maka tiada erti kata sosial di situ....mmg interaksi di laman sosial itu berinteraksi..tapi bukan interaksi yg sebenar...hanya tulisan semata2..betul?..kalo saya silap maaf..anda boleh pangkah ini page terus (ok jangan, saya tipu..terus baca)..ini boleh dikatakan tiada REAL CONVERSATION (konversasi tulen)...BM fail , maaf di situ...

pasti semua orang familiar dgn status2 seperti ini kan


"Bajet bagus! Ape yg org ckp, ko memg xnk kalah, ko nk lbih je..Eee meluat btl la..F_ _ K!"

biasa dengarkan??..biasakan..haha..bukan isi dy yg aku nak share..tp jenis status macam ni lah yg berkenaan dgn laman sosial sekarang ni...korang ingat kalo Shout status korang tu boleh selesai ke masalah yang korang hadapi??..maybe nak luah perasaan..apa kata luah perasaan kat orang..bukan nak bagi satu dunia tahu...ha ini berkenaan dgn ENTRY aku sebelum ni....kalo ada masalh tu janganlah di biarkan satu dunia tahu...ada sesetangah benda yang kita tak boleh kongsi dengan secara terbuka...kan aku dah cakap Laman Sosial mengundang kepada ke tidak Sosialan atau erti kata lain ANTI SOSIAL....apa salahnya luahkan perasaan sebenar kat orang tu...kan boleh mendamaikan persengketaan ke apa....ni kalo post status yang tersirat kat Status korang boleh mengundang orang untuk berfikir negatif dan akhirnya timbul unsur fitnah dan sebagainya...ha kan dah jadi isu sosial lah pulak kan...

satu lagi..ke eratan dalam keluarga tidak wujud..yelah, pagi, petang, siang malam ...dudok menghadap komputer..terperap dalam bilik..ha termasuk lah aku ni....kadang2 interaksi antara keluarga makin lenyap...makin rengang...masa makan sibok nak TWEET sane TWEET sini.. "aku makan sup gear box...masyuk!!"..siap tweet picture lagi....ha kan dah renggang hubungan antara keluarga...makan bersama biarlah bersama..bukannya perlu berinteraksi dgn laman sosial tu..ko hingat orang nak tau sangat ko buat ape??!..haha..well aku pon kadang2 buat....yang paling teruk..kadang2 aku TWEET je adik aku...walaupon adik aku ada kat bilik sebelah je..ha tak ke kritikal masalah aku ni..haha...terlalu bergantung pada Laman Sosial...well nanti tiba2 akhirnya hilang terus perbualan antara adik beradik...rengang mcm tu je...keluar pon sibok tweet2 je...haishh..

bila sedara mara datang sibok dgn Laman Sosial sume ni kan??...ala korang pon pernah kan..haha...jangan tipu, Berdosa..hehe..

okey inilah antara sebab2 yang aku dapat terfikir ttg masalh Laman Sosial ni...well kenapa kau tak nak sebut pasal KEBAIKAN dan KEBURUKAN laman sosial...alah, benda tu semua orang tahu...kebaikan, rapatkan yang jauh, keburukan gejala sosial...bla bla bla bla...budak2 sekolah pon harus tahu kan..namun ni jela antara nota2 yang aku nak share kat entry aku kali ni...copy Bak kata pepatah MYNAMEISNAMEE... blog aku ni masih dalam golongan BLOG TAIK..tapi bukan dy yg kata..aku anggap sendiri je..haha..tapi pengisian dan segi penulisan insyaallah aku akan perbaiki semasa ke semasa...

well untuk penutup untuk entry ni semua bergantung pada individu itu sendiri lah..kena pandai bahagikan masa...laman sosial itu penting, tapi tak sepenting bersosial yang sebenar di luar sana...so now Turn off ur computer, and head out of ur room, and start a REAL CONVERSATIONS with anyone...ingat, ada kehidupan yang lebih indah di luar sana.. so toodles everyone...




Thursday, June 16, 2011

BIAR SATU DUNIA TAHU - satu ayat


_________________________________________________________________________________

"Ya Biar Satu Dunia Tahu"


_________________________________________________________________________________



post entry ni tak ada kene mengena dgn sesiapa pon...idea dr FB je..



Wednesday, June 15, 2011

"JEANS IT" - DO IT YOURSELF!



Ok first thing first...i inspired to make this entry loooong ago, since i read my cousin's blog about DIY : BLEACHED DENIM VEST...the inspiration comes from her

_________________________________________________________________________

 - check out her blog people!


___________________________________________________________




ok now lets start

ok memandangkan aku dalam Percutian yang lama sangat..4 months yo!!...and i don't get a job....instead i filled my time by doing this thing...i named it "JEANS IT"...catchy yes?  no?..watever (ape2aje)....

ok i found my old and worn out jeans...tiba2 aku terfikir apa yg boleh aku buat dengan jeans ni??..ha!...it just pop into my mind..i'm going to do an alteration to it....seluar lama ni terlalu besar and baggy utk aku...plus the colour, aku tak berapa minat.....nak buang, rasa sayang..nak pakai, rasa mcm ada benda tak kena je..panjang, baggy,colour tak cantik....so this what i did....




so this is the condition of the Jeans before the alteration... see mmg besar utk aku...




so sebelum proses memotong dijalankan...kena ukur dulu....so aku ukur panjang jeans tu sampai paras mane yg aku nak...pastu aku gariskan guna marker pen..sebagai panduan masa nak gunting nanti ..
.TIPS ni penting, TAKE NOTE : kena ukur panjang lebih sikit dari paras yg di inginkan...sebab untuk memberi ruang utk dijahit atau di lipat...right..get it?..kalo tak nanti jeans korang akan jadi terlalu pendek...mcm apek2 pakai tu..okbai..



next is the chopping/cutting process....aku suka bahagian ni...tapi kena hati2..sbb kain jeans sangat keras, so masa nak gunting tu hati2, jangan tergunting jari...aku tak tanggung...
plus kena lah cari gunting kain..yang aku guna tu gunting dapur yg mak aku guna utk siang ikan je tau tak!...SIANG IKAN!!...haha..in act of desperation tak dapat cari gunting kain, so gunting ni pon jadilah....






ok step ni tak berapa penting...tapi bila jeans tu dah dipotong, mesti akan ada benang2 yang terjuntai2 Berjuntai2 kan...haha...korang boleh just gunting je....tapi aku buat dgn bakar benang yg lebih tu dgn lilin....hati2 sbb jeans agak FLAMMABLE.. jangan risau pasal bhgn yg terbakar tu...nanti akan dicover bila dilipat atau dijahit....so step ni just dibuat utk kekemasan je...KEMAS ke??..haha..ok next



apa gunanya CLOROX ni???...di sebabkan aku tak berapa suka dgn warna jeans aku ni..aku mengunakan bleach utk melunturkan warna Jeans aku tu supaya menjadi light blue...i want it to be really2 light blue...jangan risau murah je clorox ni..dlm gambar siap ada harga lagi.. RM3.90 je..berbaloi baloi..
ok so this is what i did..


jeans yg telah siap dipotong tu, direndam dgn clorox bercampur air...tiada nisbah / ratio yg di tetapkan..ikut kata hati...tuang aje...tapi agak2 lah ye...kalo nak luntur banyak, letak lah lebih clorox....
then tinggalkan selama lebih kurang 20-30 min...atau sampai warna yg diinginkan...

TIPS: Jika nak sebahagian jeans tu je yg nak dilunturkan warna..rendamkan sebahagian dr jeans tu saje...contoh rendamkan bahagian bawah jeans tu...result nya akan menjadi GEMPAK...like really really cool...

p/s : clorox ni juga boleh digunakan utk bleach rambut anda dan juga gigi...
kalo korang mati aku tak tanggung...


then next step...is the drying process...keluarkan jeans tu..dan gantunglah..tu pon nak ajarkah?... 
hai marah pulak


_______________________________________________________________________


...the NEXT DAY....
-Sebab aku buat petang, gantung malam..so kering esoknya lah..aishh

_______________________________________________________________________


the RESULTS!!!!


                                                                       BEFORE                                                             AFTER

nampak tak kain yg berjurai2 kat jeans tu...aku telah cover benang2 tu dgn lipat jee...kalo pandai bab2 menjahit ni silakan...guna benang yg sesuailah...benang biasa utk jahit jeans mmg tak kuat...



BUTT - on details



back side view...


HAHA...eh gelak...well the colour is not what i wanted it to be...but at least its QUITE ok lah...boleh la for first attempt kan...

ok want to try it..try lah..try lah..u won't regret it...tapi make sure cari jeans yang dah tak nak pakai tapi sayang nak dibuang lah....so good luck to whomever wants to try it...  


catatan tambahan :
 semalam the POPULAR AIZUL MARCELLO  puji kita ckp kita sangat berilmu lah kat twitter...Terharu bila dy dah link kan blog aku ni kat blog dy....waaaa...!!!! 

and please do visit my friend's blog who shares my excitement making this DO IT YOURSELF "JEANS IT"








Tuesday, June 14, 2011

DO IT YOURSELF LAH! - (DIY)

                                                                                                                                                                  


   "JEANS IT"
        
   -STAY TUNED TO FIND OUT MORE-




                                                                                                                                                                     

Monday, June 13, 2011

NERA AF9 - NAK TANGKAP LELEH KEJAP

Dah dengar??...dah??...sape yg tak tak AF smlm mungkin tak tau lagu ni kot...semalam first time aku dgr lagu ni masa Final AF...walaupon ni AF terakhir...bagi aku ni AF yang paling terhambar...anyway balik pada tajuk asal...bila aku dgr je Nera buat persembahan lagu ni kat Final, serius aku terpukau gila....lagu dy lagi sedap dari Finalis2 AF yang lain...suara dy pon mantap....tapi kesian Nera masa dlm akademi lagu2 yg diberi semua tak menguji vocal langsung...time dy kena buang tu jela yg dpt lagu yg uji vocal...lagu Hetty Keos Endang....kesian dy...




LIRIK


Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku



Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini




bole tangkap leleh jugak ni...aduh...
P/S: NERA lebih cantik bila natural...make up artist AF SUCKS!

Sunday, June 12, 2011

CINEMAGRAPHY PART 2 - Edited post

So this is my Second Part of Le CINEMAGRAPHY....1st Part CLICK HERE..

Ok for this second part..I used the same technique...same clothes, but this time there is a model...the model, frankly speaking..is the worst MODEL evahhhh...haha...

ok...model tu mmg tak reti2 senyum...muka nak serius je...poyo pulak tu....if i could get a better model, this thing would turn out to be better....but at least, i'm happy with the result.....







     


ceyh macam iklan nak jual baju je...ada sape2 ke nak beli??...anyone??....

ataupon sebenarnya cari PUBLISITI MURAHAN?...haha..






QUOTE SUATU PERKONGSIAN



-"The higher you are,the harder you fall" -


what does it mean by this QUOTE...well for me it explains so much and it can be related to basically anything around us..

~LOVE IS CINTA~
well Cinta...mungkin aku bukan seorang yang tepat untuk bercakap soal cinta...ya Cinta itu sangat jauh dari aku...walau sedetik cuma, perasaan berCINTA aku tak pernah merasa...
Namun yang ini aku pasti...setiap percintaan pasti ada dugaan...
jika tidak dijaga CINTA ini, DUGA akan berubah menjadi DUKA..
dukanya CINTA aku tak pernah tau, sehirup titisan CINTA aku tak pernah merasa manisnya,
apatah lagi DUKANYA...

 jika kita terlalu asyik bercinta...setinggi-tinggi cinta, sayang sayangnya, namun mungkin kita tak sangka, tingginya CINTA itu, boleh JATUH sekelip mata...berkecai hati, berduka lara...


P/S: maaf MOOD JIWANG..
JIWANG = ROMANTIK kan?...wah


~KEDUDUKAN~
Jangan lah selalu berbangga-bangga dengan kedudukan anda, kerana 
"lagi tinggi kedudukan anda, lagi jauh anda akan jatuh"

namun jatuh itu tidak semestinya pengakhirannya,
"jika kita tak JATUH, kita tak akan mengenal erti BANGUN"
"If you fall Seven times, Get up Eight"



Quote ni boleh dikaitkan dengan bermacam2 benda lagi...tapi ini saja yang aku ingin kongsikan...tak mahu entri ni panjang berjela.....malas orang nak baca..


apa pendapat anda korang?.





CINEMAGRAPHY

Ever heard of CINEMAGRAPHY???....ya aku baru tahu pasal benda ni....apa yg best sangat pasal cinemagraphy ni??...well benda ni sebenarnya boleh membuatkan dalam satu gambar hanya objek yang terpilih saja yang dibenarkan untuk bergerak...tapi teknk ni boleh digunakan dengan Video sahaja...so kalo siapa yang ada amik video tu boleh la try benda ni eh...

ok sebagai contoh...jika korang ada amik VIDEO baju korang yang cantik2 tu sambil ditiup angin sempoi2 bahasa...ala2 hot stuff tu..boleh la korang gunakan...tapi bila ada gambar yang tak diperlukan bergerak contoh adik2 korang berlari kat belakang tu...korang boleh kasi berhenti gambar adik korang lari...yang hanya tinggal gambar korang je yg bergerak...teknik ni menarik sangat tapi amat susah n perlukan latihan yang kerap....sabar tu mestilah...aku masa try benda ni darah mmg dah takat kepala dah....nak cari sequence gambar yang sesuai tu yang ssh...

tapi bila dah dpt video n sequence yg mmg MANTAP...hasilnya...perghhh mmg puas hati gile ah....
aku ada CUBA, TRY, TEST satu video baju aku yg baru amik ni....ok hanya baju je yg gerak kan...tp sebenarnya KAIN PELEKAT kat bawah tu gerak jugak...tapi aku dah stopkan kain tu...hanya baju aku je nmpk gerak2 gitu...

ni cubaan pertama eh...nak try2 je....lps ni aku akan cuba amk VIDEO yg lebih cantik so aku boleh buat mcm ni lagi...

P/S: aku guna laptop biasa je...so proses nak bikin ni benda mmg lambat...kalo korang yang kaya raya tu, ada MACbook tu semua, untunglah....mmg laju je buat benda ni....





ok kalo korang nak tau lebih lanjut pasal CINEMAGRAPHY ni bole la pergi page ni eh...



Kalo mmg dah malas SANGAT kan nak klik page tu...ha amik ko tgklah kat sini...

Coco Rocha...my favourite model....muahaa

Rokok tak baik untuk kesihatan...so kasi pijak!!


Rambutmu harum semerbak kasturi..


n pada sesiapa yang berminat boleh lah try dgn melihat Video tutorial ni eh...




so kalo dah bosan2 tu tak tau nak buat ape...try lah buat benda ni.....mmg naik DARAH nak buat...tp bila dpt hasil, mmg BERBALOI-BALOI...


P/S: this technique requires ONLY ADOBE PHOTOSHOP CS5 EXTENDED





Saturday, June 11, 2011

Komedi dan Politik






 "Now people are taking Comedian as a Serious matter, and Politician as a Joke"




setuju?