Selongkarlah

Monday, June 20, 2011

Isu Itu Tidak Penting..

____________________________________________________________________________________

"Isu Itu Tidak Penting"

____________________________________________________________________________________


Isu itu tidak penting..isu ape ni?..isu negara?..isu politik?..isu selebriti sensasi? ataupon isu masalah peribadi?..maaf bukan itu yang aku nak sentuh..jika isu2 seperti itu yang anda mahukan, sila pangkah page ni..sebab sume itu tiada di sini (jangan pangkah please i'm begging u)....

ok mari mula...isu ape yang Tak Penting Sangat bagi aku ni?..well isu yang aku ingin bentangkan kat sini ada kena mengenanya mengenai Isu Blogger...kenapa aku gelarnya ISU BLOGGER??...well kerana setiap blogger pernah, walaupon sekali pasti akan lalui isu ini...come on lah what's the issue??...isu yang aku ketengahkan ni ialah isu mengenai bilangan FOLLOWERS...ok, dah tahu isi, sekarang ke huraian..

Followers ooh followers...setiap Blogger akan dambakan bilangan followers setiap hari, mahupon setiap masa...aku ni pon terlibat sama dalam kancah isu ini...kenapa?...setiap kali aku bukak Blog aku, benda pertama yang aku akan tengok ialah bilangan followers aku...sama ada peningkatan ataupon stabil...hmm kalo tiada aku beralih kepada comment...ia itu benda pertama aku tengok sebelum aku sambung untuk berblog walking ke blog2 yang telah di follow oleh aku...

well apa yang isu ni hangat sangat yang nak ko bincangkan di sini wahai AFIEQ?..biasalah, semua orang ingin kan bilangan followers yang ramai..tapi pernah tak terfikir atau terlintas di fikiran korang..followers korang tu betul2 mengikuti perkembangan blog korang ke tak??...bagi aku bukan semua Followers itu akan jenguk datang ke blog untuk baca blog ini...aku tahu itu terpulang kepada Blogger itu sendiri untuk menarik minat follower mereka untuk membaca dan terus membaca kandungan yang ditaip oleh bloggers itu sendiri...kandungan mesti lah sesuatu yang boleh di terima akal, sesuatu yang bermanfaat kepada setiap yang membacanya...namun isunya masih sama iaitu Bilangan Followers...kenapa isu ni selalu dihangat2 kan oleh ramai bloggers lagi??...pada mulanya aku memang mendambakan bilangan followers yang ramai untuk menjenguk ke blog aku ini...namun aku fikir2 balik, itu bukan sesuatu yang penting..bilangan followers tidak menentukan bertapa berkualiti mesej yang ingin di sampaikan.."oh followers aku lagi ramai ,blog aku lagi berkualiti dari kau"..oh mcm tu.."followers aku lagi ramai, entri aku lagi best dari kau"

kadang2 aku juga pernah terfikir, ada ke orang yang baca blog aku ni??...kalau ada kenapa tiada komen??..ini boleh di ibaratkan seorang tetamu yang datang ke rumah tanpa memberi salam, tanpa menegur sapa...haha...tapi tu sume sudah tidak penting..sume punyai hak masing2 untuk memberi komen mengenai sesuatu perkara kan?..asalkan penulisan anda sampai di mata orang yang membacanya..ok..bagi aku, bilangan followers tidak menentukan segalanya..kandungan yang ingin di sampaikan itu yang penting...namun jika dah banyak followers tu jangan lah jadi angkuh pulak...dan yang masih baru dalam dunia blogging ni, janganlah jadi BODOH SOMBONG...ringan2 kan lah mulut untuk bertanya dan berusaha untuk meningkatkan kualiti blog korang...bak kata pepatah "Malu Bertanya Sesat Jalan"... jumlah followers memang sepatutnya tidak menjadi suatu isu lagi....apakah tujuan utama kita berblog??..mencari jumlah pengikut?...sampai siap boleh backlink lagi.."follow me back ye"..ape tu??...orang follow blog yang betul2 orang itu ingin tahu lebih lanjut pasal penulisan diorang dlm blog ni..bukan saje2 nak follow...ye Butang Follow tu mmg senang je nak tekan..satu klik je dah follow...so lepas tu ada jenguk balik kat blog orang tu??..ada?..mungkin sebulan sekali..atau maybe ada blogger yang harapkan "oh aku follow blog ni, nanti dy follow aku balik"..kalo mcm tu tak payah blog lah ok...

bagi aku biarlah entri sebulan sekali pon, jika sesuatu yang nak di sampaikan bermanfaat walaupon bukan pada semua orang, seorang yang mendapat manfaat dari entri itu pon sudah cukup..ok aku tak nak huraikan lebih lanjut pasal isu ni..huraian aku mungkin tidak mantap, namun sekurangnya aku ada benda nak di sampaikan di sini...huraian2 yang lain, lu pikir lah sendiri..tepuk dada tanyalah selera....dunia blog, dunia kita...berblog dengan ikhlas, berblog dengan hati terbuka... <---------pepatah paling bodoh aku pernah dengar...kbai

5 comments:

  1. menulis blog hanya utk kepuasan diri dan meluahakan apa isi hati yg terpendam. am i right!?
    keep on blogging then!

    ReplyDelete
  2. mule2 memang asek2 pikir follower.. bile tgok blog orang lain yg follower de byk gila, jadi macam down pulak.

    tapi, bila fikir balik, follower 200 pon yg komen nye, kawan2 sendiri juge. kadang2 langsung xde org komen, yelah mungkin entri saya entah ape2. HAHA.

    pernah juge jumpe blog yang entry nya best, superb ah, sentiasa ade mesej yg nak di sampaikan. tapi, blog tu mcm xde pengunjung. xde orang komen. xtau la byk silent readers ke.

    apepon, depends kat seseorg tu ape tujuan diaorg untuk blog kan. saya berblog nie saje je mencuba, try nuffnang la ape lah, entry pon tah ape2 je. biasa la pempuan kan. HAHAHA. :p

    btw,blog kamu nie bagus, saya suka baca. huhu..

    ReplyDelete
  3. arisha:betul!...kadang2 menulis blog boleh meluahkan apa yg ada dlm hati...cara berkongsi pendapat dgn org lain..

    senorita!! : hehe..mmg betul...dulu kalo tgk followers sikit je..fikir blk mcm malas nak berblog..tp fikir2 balik, aku blog ni utk kepuasan diri untuk menulis...berblog boleh dijadikan sbg tmpt utk kita luahkan apa yg ada dlm fikiran, dlm hati, dalam jiwa kita sendiri...

    ReplyDelete
  4. setuju sangat2 dengan entry nie. saya fikir benda yg sama gak. follower byk tapi yg follow tu betul2 follow ke ? setakat singgah dan follow, lepas tu jenguk2 sekali setahun. baca entry pun tak. huhu..

    ReplyDelete
  5. thanks sebab drop ur comment..appreciate it..
    haha..tau tak pe...byk2 nya followers x menentukan ape2....tp asalkan kita buat blog ni capai kepuasan dan dpt kita luahan yg terbuku kat hati sudah lah...

    ReplyDelete