Selongkarlah

Saturday, August 27, 2011

Jangan Jadi Egois!



___________________________________
_______________________________________________

"Jangan Jadi Egois"

_______________________________________________
__________________________________



maaf jika entry kali ini berbaur SERIUS...kadang2 penting jugak utk menjadi serius..takkan nak jadi BADUT je selalu kan...ok2..Jangan Jadi Egois sangat bertepatan dgn diri aku sekarang ni...Ego merupakan sikap manusia yg tak dapat kita nak elakkan...tak di nafikan, dalam diri setiap manusia, PASTI mempunyai secebis sikap EGO...

Ego merupakan sikap manusia di mana seseorang itu berasakan dirinya sentiasa BETUL, sehinggakan orang lain rasa bersalah dan terpaksa meminta maaf...ada beberapa ciri Seorang yg Ego..

1. Payah untuk bertegur sapa kecuali kalau orang lain yg mendahulukannya
2. Selalu berwajah serius dan masam.Di tambah dgn sikap yg kurang mesra
3. Sangat memilih kawan terutama dikalangan orang yg setaraf sahaja
4. Mudah menjadi marah terutama jika orang lain membuat silap, lebih lebih lagi jika kesilapan itu tertimpa atas dirinya
5. Kalau dia terbukti bersalah sangat sukar untuk meminta maaf. Dan jika orang lain yang bersalah pula sangat sukar untuk memaafkan
6. Tidak boleh ditegur atau menerima teguran
7. Sangat suka dipuji, malahan sentiasa menunggu puji-pujian dr orang lain
8. Sangat suka berbahas. Berbahas bukan untuk mencari kebenaran, tapi untuk kemenangan, walau salah.

olahan dari artikel asal : Sifat Ego

Ego merupakan satu penyakit yg di hidapi oleh setiap manusia di muka bumi ni...memang sukar untuk kita mengakui bahawa kita seorang yg ego, walaupon itu kebenarannya...sukar untuk mengaku kita EGO, hanya membuatkan kita menjadi lebih EGO..


Sifat Ego yg ingin aku sentuh ialah nombor 1, 3, 4, 5,...


Payah untuk Bertegur Sapa
_______________________________________

aku akui yg aku memang sukar untuk bertegur sapa...mungkin itu sudah menjadi PEMBAWAKAN BADAN aku...namun sikap ini lah yg harus aku TENTANG habis habisan agar tidak menjadi seorang Ego tahap kritikal...jika satu pihak sahaja bersikap begini tidak mengapa...namun jika kedua2 belah pihak mempunyai sifat ego untuk bertegur sapa, maknanya hilanglah segala pertalian di antara dua belah pihak

sebagai contoh *perbualan dalam hati*

kawan 1 : nak call ke tak nak?..nak mesej ke tak nak??..ermm biarlah..nanti2 la dia tegur aku

kawan 2 : asyik aku je nak tegur kau...ada kau tegur aku dulu?..

biasa keadaan seperti ini?..ye aku pun biasa...so apa akhirnya akan berlaku?..kemungkinan pertalian persahabatan akan terputus kerana setiap individu main TARIK TALI bertanya siapa patut TEGUR siapa dulu...



Memilih Kawan
__________________________________________

memilih kawan ni masih ada lagi dlm diri setiap masyarakat...bagi aku, aku juga ada memilih untuk siapa menjadi kawan aku...di sini aku bukan bermaksud memilih sampai tahap buat "AUDITION MEMILIH KAWAN BAIK AFIEQ"...bukan begitu...namun aku memilih rakan di sini bermaksud aku memilih kawan yg aku boleh sama2 kongsi pendapat...alah senang satu KEPALA lah...tp sikap ego ni lah yg harus aku tepis..kalau semua nak satu kepala, otak pon satu kepala je la kan...tak ada kreativiti, tiap2 hari berbual benda sama...

tp ada yg lebih teruk sehinggakan ada org memilih kawan hanya berdasarkan TARAF..."well dia makan kat warung2, aku makan kat hotel 10 bintang, mana ada kelasss"..."well dia budak ESTATE MANAGEMENT, aku budak ARCHITECTURE,ENGINEERING, mana kelas nak kawan dengan aku, dah la budak Estate"...oh please...tolong pergi search mana2 pasal Estate Management, ada diorang kerja kat estate2 ke?..



Mudah Menjadi Marah lebih2 lagi silap sendiri
__________________________________________

mmg menjadi lumrah orang juga jika membuat kesalahan mesti tutup mulut..paling terok pon tunding jari pada orang lain...lagi terok dah la silap, lepas tu di marah pula orang lain....



Meminta Maaf
________________________________________

orang yg ego sangat sukar untuk meminta maaf, dan juga memberi kemaafan...setiap perkara dilakukan sentiasa dianggap betul...hanya harap pihak lain untuk meminta maaf terlebih dahulu...




fuuuu setakat itu sahaja kot....ada lagi dlm otak ini nak di perkatakan, tetapi dari otak tak turun ke jari2 untuk menaip...so sebagai kesimpulannya, setiap manusia mempunyai sikap EGO, aku juga mengakui aku ada ego, masing2 ada ego masing2....hanya tanya pada diri kita dimana kita berada, taraf hidup, pangkat dan harta, nama tinggi2 di julang tak membawa kemana, berdiri dan lihat di mana kita berada, di Bumi Allah yg sementara ini juga...jadi buanglah sikap Ego itu..

dengan ini Aku Mohamad Afieq Bin Jibril ingin memohon maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kuku kaki jika tersalah silap bicara, tertaip entry2 tak tak semena, hati terguris dek bicara...maafkan diriku yg kerdil ini...Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin...

Asyik2 Maaf Zahir dan Batin je...apa kata buat SELAMAT HARI RAYA Maaf Anda DiTerima..memohon maaf itu mulia, namun memberi kemaafan itu lagi tinggi mulianya...


p/s : entry tak ada kena mengena dengan sesiapa, sama ada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia...Fictional semata-mata..






10 comments:

  1. selamat hari rye ^^

    jgnlah brsifat ego ntok maju ke hdpan. hehe *tetibe

    ReplyDelete
  2. halo saya alipapai..

    yes, aku dh kenal dgn ko.

    so aku bkn egois.

    hahahaha:)

    ReplyDelete
  3. wah
    1st time aku baca entry serius dari ko
    yups
    setiap manusia ada egonya cuma adakah ego nya terlalu tinggi atau biasa2 jer
    :-)
    nice entry

    ReplyDelete
  4. perghhh!! patuk kat batang hidung siot!!~ haha

    ReplyDelete
  5. @mrs zack : haha..eh betol jugak tu..

    @amirul : kan..haha..

    @alip : aduh alamak dah kenal aku la wey..haha..

    @hans :tenkiu..eh aku banyak je entry serius..dah lama je tak menaip2 panjang ni..

    @adilia : haha..ala semua org sama...jgn malu jgn segan...sama2 kita perbaiki diri..

    ReplyDelete
  6. hehehehehhe
    xper2
    aku tahu entry ko serius tapi ko taip ceria2
    hehehehehe

    ReplyDelete
  7. @hans : ceria ke?..ceyh...haha..

    ReplyDelete
  8. @agzamry : selamat hari raya juga :)

    ReplyDelete