Selongkarlah

Thursday, July 21, 2011

Malaysia Kehilangan Identiti



_________________________________
_________________________________________________________

"Hilangnya Identiti Malaysia"
__________________________________________________________
_________________________________



wah dah lama aku tak manaip panjang..kali ni terdetik pulak hati ni utk menaip2....ok sebelum ni aku sibok membuat entry yg tak habis2 dgn gambar...well kali ni, nak tukar mood pulak..asyik layan gambar je kan....ape salahnya layan ape aku nak cuba smpikan kat sini pulak....

Hilangnya Identiti sebuah Negara yg dinamakan Malaysia?...apa identiti yg cuba aku sampaikan di sini?..ok..identiti Malaysia yg ingin aku tekan kan kat sini ialah mengenai industri Muzik Malaysia....iaitu tak lain dan tak bukan....


*drum roll*


MALAYSIAN POP
________________________________

yey eksaitednya!!....sejak dua menjak ni, arus KPOP semakin popular lebih2 lagi di kalangan muda mudi Malaysia....walaupon KPOP, JPOP ni sume dah lama wujud, tp sekarang ni barulah popularitinya meningkat naik....sebut je SuperJunior, Wondergirls (aku tak tau yg lain, ni je yg aku tau..tak layan KPOP)...semua org tau....siap nama2 setiap ahli kumpulan sebijik2 kenal, eja sume walaupon dlm bahasa asing...ok ape2 pon itu biarlah...mereka yg setkan Identiti mereka sendiri..yg Malaysia KINI?...mana identitinya?....di sebabkan populariti  KPOP ni semakin menarik perhatian ramai, industri muzik di Malaysia mengambil kesempatan untuk MENCUBA NASIB dlm arena yg sama...MALAYSIAN POP...eeeeww..

yang sekarang org sebok2 perkatakan ialah kumpulan GULA-GULA..(manisnya gula itu), MAX 24/7, and yg satu lagi yg ada ADAM AF2 tu...aku malaslah nak masukkan gambar diorang kat sini...pergi jela cari EN GOOGLE..taip je kat situ, ada la gambar diorang..tak nak cemarkan blog aku ni dgn gambar tu...*ceyh ayat mcm bagus*..haha...ok2...dah pernah dgr lagu diorang?..kalo dah pernah bernanah tak telinga bila dengar?...aku hampir...bahah...kalo belom tengok sila tanya kat CIK YOUTUBE...

tah la..bila aku dengar je lagu2 diorang, seram sejuk+sedih+geli+menyampah+nak hentak2 laptop ni kat kepala pon ada....apa yg best sangat dengan lagu diorang yg membolehkan mereka masuk ke dalam industri muzik TANAH AIR?...bagi aku bila dengar2 balik mcm kumpulan BOYBAND je..tak da beza pon...saje nak mengGEDIK2 nak letak MPOP...mane identiti Malaysia kalo mcm tu...AKU TAK SUKA GITU....terngiang2 dgr lagu diorang kat dlm otak ni...kumpulan diorang ni sama je mcm kumpulan KRU, ELITE dulu, tapi lebih terok kot...

dari segi tarian aku tak nak sentuh sangat..memanglah nak tiru/ikuti KPOP...tapi at least kalo nak tiru pon, pastikan lah LEBIH BAIK dr diorang punya...ni bila dah tiru..hampeh je...no energy, malu2, step berterabur....tah aku tak nak komen lebih2...mcm lah aku pandai sgt...

p/s: di tegaskan di sini, aku bukan nak menilai, tapi nak memberi pendapat

ok dari segi fashion?...hrmm...lagi sekali terikut2..kalo nak ikut identiti KOREA tu, at least terapkan lah sedikit Identiti Malaysia...kan ramai pereka2 fesyen kat luar sana...mintak lah pendapat..ni main TANGKAP MUAT je pakaian tu...kesian Negara Malaysia membangun, tapi baju pon tak cukup kain....miskin ke Malaysia ni smpi nak pakai baju pon smpai terbukak sana terbukak sini...tp sebenarnya mmg tak salah utk mengikut, tpi kena lah tahu bezakan yg elok dan tak elokkan....

kenapa tak cari identiti sendiri??...bukankah itu lebih membuatkan artis2 ni lebih di kenali...tengok je contoh ANA RAFFALI dgn fashionnya berpakaian Berbaju Kurung dgn gitar...siap menang AJL lagi...sempoi je..plus ada identiti Malaysia kat situ....dan satu lagi, yang betol2 aku minat smpi sekarang ialah YUNA...bertudung tak semestinya menghalang utk menceburkan diri di bidang Muzik...malahan Yuna dgn identitinya, iaitu identiti yg mempunyai ciri2 KeMalaysiaan dikenali di serata dunia....yg lebih baiknya pengaruh yg di berikan Yuna ni sangat positif, sehinggakan ramai gadis2 di luar sana mula bertudung...ya mula2 tudung itu fashion, tp lama2 lekatlah tudung tu...

ok..rata2 orang semua dah tengok MHI lepas kan?..mengenai Kumpulan Sensasi MPOP Gula2 manis...tapi aku terkejut pulak..eh ada yg bertudung?...alhamdulillah, tak salah....tp bila dah smpi part menunjuk2 punggung tu, gelek2 tu...eh ni mmg SALAH...dah pakai tudung, tp menjamu MATA LELAKI dgn tayang bontot punggung?...OMA (OHMYALLAH)...apalah nak jadi..industri muzik punyai peranan dlm mempengaruhi minda Remaja2 ...so kalo dah pakai tudung tp gelek2, apa nak jadi...

so konklusinya...bukannya aku nak ckp Terapkan Identiti Malaysia dlm industri muzik dgn pakai BAJU BATIK, SONGKET, sume tu...tp at least carilah yg boleh di terima oleh rakyat Malaysia...biarlah KPOP itu terus dikuasai Korean...jangan Malaysian pulak nak takluk identiti tu...kita dgn IDENTITI kita...mereka biarkan dgn Identiti mereka sendiri...fikir luar kotak, dan mula cari Identiti sendiri....sesungguhnya, ya!  MALAYSIA BOLEH! ...


p/s : yey entry merepek sekali lagi berjaya di keluarkan!!!






8 comments:

  1. yup!suka entri ni..malaysia terlalu mengikut2..kalau kata dorang cuba naikkan identiti malaysia gah gila2..mungkin negara luar akan makin respect dengan ciri2 budaya malaysia ni..entah la..org cakap "lembu kena cucuk hidung.."

    emo..haha

    ReplyDelete
  2. hehe..thanks:)...tulah..kadang2 org malaysian suka ikut budaya luar....kita tgk jelah game show yg ada kat Malaysia...contoh
    1.roda impian
    2.anda ada 60 saat
    3.sejuta impian
    dan banyak lagi...cuma dah lupa je...mmg lah game show...tp still di ambil dari negara luar..
    tak kreatif ke Rakyat Malaysia eh?..

    ReplyDelete
  3. itu laa kelemahan org asia tenggara.. bkn malaysia jer... sebab itu laa kita mudah dijajah.. sebab kita suka ikut org.. tapi tak pandai nak buat lebih baik.. tak inovasi orang kata.. hehee..

    TAPI AKU SKE GILER LUGU2 KPOP..!! WAHAHA.. tak dapat dinafikan lagi best dr lagu barat yg smkn choi.. suara misen jer...

    ReplyDelete
  4. Fariz:haha...tau tak pe...byk lagi lg yg diorang tiru..bukan muzik je...mcmc2..mcm dah kering idea...oh ko minat Lagu Kpop ke??..aku..hrmmm tak berapa..haha

    ReplyDelete
  5. Tahniah Afieq Jibril ye... hahaha
    sokong habislah entry ko neyh.. yeay !!

    p/s: part OMA tu paling suke.. !!~ <3..

    Adilia Ahmad likes this.

    ReplyDelete
  6. adilia : makaseh dong..haha..ko ingt ni FB ke nak like2?...gaga

    ReplyDelete
  7. agreed. diorang tak sedar ke apa yang diorang buat tu. and can't they see, kalau nk berjaya, kene ada originality. mcm yuna and ana rafali. tak faham, kenapa mesti tiru kpop/jpop ni. it works for them for a reason. ni dah la mniru, lagi teruk pulak tu. lepas tu cakap xsokong industri tempatan. nk sokong mcm mana kalau dah xberkualiti

    ReplyDelete
  8. betol2 kak aisha...mcm mana kita nak sokong industri muzik tanah air kalo mcm ni...dah tiru, tp makin terok... :)

    ReplyDelete