_____________________________________
________________________________________________________
"Seorang Perempuan Bergelar Isteri"
________________________________________________________
_____________________________________
Seorang perempuan bergelar isteri
Tidak sekadar menutup rambut
Membiarkan tengkuk terdedah
Bila memakai mini telekung
Berpakaian labuh menutupi sampai ke tumit
Menyempurnakan tuntutan syariat
Sebelum berhadapan dengan lelaki yang ajinabi.
Seorang perempuan bergelar isteri,
Tidak cuma dituntut menutup aurat
Rahsia suami disembunyinya
Kelemahan suami bukan untuk didedahkan
Ketidakbaikan antara keduanya tidak dihebohkan
Carilah penyelesaian sendiri
Penuhkanlah tuntutan utama
Berusaha sejauh yang terdaya.
Seorang perempuan yang bergelar isteri
Mengurus rumah tanggalah tugas mulia
Apabila terpaksa keluar mencari rezeki
Membantu keluarga meringankan suami
Keizinan suamilah keramat utama
Jangan biarkan rezeki menjadi haram
Murka Tuhan sangat hebatnya.
Seorang perempuan bergelar isteri
Sekalipun dengan keizinan suaminya
Kemuliaan seorang isteri wajib dijaga
Halal dan haram mesti diperkira
Bersentuhan kulit dengan lelaki bukan muhrim
Haramlah hukum yang ditentukan Ilahi
Waspadalah tangan
Dalam menjalani hidup yang sangat sementara
Carilah keredhaan Yang Maha Esa
Letaklah diri di tempat mulia
Di sisi Tuhan Yang Maha Kuasa.
ceyh dah pandai berpuisi bermada pujangga plak dah..haha..ok2 jangan nak Label aku mat Jiwang pulak eh...puisi ni aku terjumpa masa belek2 album Perkahwinan mak abah aku...masa terbaca...wah dari mata terus ke hati..suka sangat....oh ye tak lupa jga puisi ni hak cipta JYMMA dari Segambut, KL...aku tak tau siapa...maybe kawan mak aku kot...
masa aku berada kat rumah...terdetik pulak nak tengok album2 lama...serius aku kata...aku sedih tengok gambar2 lama ni...masa aku dgn adik beradik time kecik2...tepi pantai...pakai seluar dalam je mandi...kat Fraser Hill, Langkawi, Bukit Bendera n macam2 lagi gambar yg membuatkan aku menitiskan air mata lihat gambar2 lama tu...serius tak tipu aku menangis...cukup pantas masa berlalu...tp yg paling sedihnya ialah dlm kebanyakkan gambar aku tak ingat peristiwa masa tu..yela masih dalam zaman hingusan lagi...tak ingat ape2 pon...kalaulah dapat ingat detik2 masa kecik..ya Allah, akan aku abadikan dlm memori...nasib baik abah byk snap gambar masa dulu2...bolehlah terkenang nostalgia masa kecik...
gambar2 lama semua aku dah simpan baik2...nanti bila aku dah berkahwin..ceyh..haha..insyaallah kalau ada jodoh panjang umur, gambar2 ni lah yg akan ditunjukkan pada anak cucu cicit aku..*fikir jauh*..haha..sekurang-kurangnya ada benda nak diceritakan....
jika ada masa nanti serba sedikit gambar2 lama akan di scan dan di buat montaj...untuk disimpan sebagai kenangan....insyaallah..
x suka tgk gambar time hingusan. tombam giler skrg pun tombam jugak lg
ReplyDeleteAzalia : aku pon kadang2 nak tergelak tgk gmbr masa kecik...tp bila fikir blk tu la kenangan masa kecik...dah tak dpt kita alami lg...lbh2 lg bila bersama famili....aku tgk lama2 smpi bole nangis tau...haha
ReplyDeleteHahaha..masa dulu2 kulit hitam! skang dh putih..hehe
ReplyDeleteHaha..aku pulak dulu putih, sekarang gelap...aduh..haha
ReplyDeletebila tgok dulu2 memang tergelak2 kan diri sendiri
ReplyDeleteekekekekeke
~waaa..touching baca puisi tue..:)
ReplyDeletesimpan elok2 gambar2 tue..hehe
haha..lawak pulak bace yg last2 tuh..gmbar mmg mengukir bnyak kenangan,,seribu satu memori..:)
ReplyDeleteaduh! terkesan dihati la baca entry nie.. huhuhu..
ReplyDelete@hans : haha..muka semua selebet..haha
ReplyDelete@blueice: hehe...gmbr tu sume dah simpan baik2 :)
@ekin : gambar menyimpan pelbagai memori...sbb tu penting amk gmbr..hehe
@eyqasara: hah..eh yeke?.. :)