Selongkarlah

Friday, June 18, 2010

oLImpik 2012? zion?

Semasa saya sedang asyik mencari bahan-bahan motivasi utk dibaca di internet, saya menemui satu artikel yang begitu mengejutkan dan saya rasa berguna jika saya kongsikan. Ia berkenaan Olimpik 2012 yang bakal diadakan di London tidak lama lagi. Apa yang dkupaskan dalam artikel tersebut adalah berkenaan dengan logo Olimpik 2012 di London. Cuba perhatikan logo dibawah.




Bagi anda yang tidak banyak membaca, pasti anda mengatakan bahawa ini adalah logo biasa dan tiada kaitan dengan zionis. Saya yakin anda tidak nampak perkaitan zionis dengan sukan yang gilang gemilang ini.

Ok. Sekarang, cuba lihat gambar dibawah ini. Gambar tersebut adalah sususan semula logo rasmi Olimpik 2012 di London.






Adakah anda perasan logo-logo tersebut akan membentuk perkataan ZION?

Saya akan terangkan berdasarkan sedikit kajian yang saya telah lakukan.

Zion adalah asal usul perkataan zionis.

Zion merupakan nama sebuah bukit di sebelah timur kota Yerusalem purba yang sekarang bernama Haram al-Sharif atau Temple Mount tempat berdirinya Dome of the Rock dan Masjid Al-Aqsa.

Dalam Kitab Isaiah dan Mazmur Perjanjian Lama, yang sama diyakini oleh pemeluk Yahudi dan Kristian, perkataan zion dipakai untuk merujuk kota Jerusalem yang merupakan ibukota Israel sekarang. Jadi, adakah ini hanya satu kebetulan semata-mata?

Lihat pula gambar dibawah. Ia adalah gambar maskot rasmi Olimpik London 2012.






Apa pula kaitannya dengan zionis?

Nampak seperti maskot biasa kan?

Sekali lagi, jika anda banyak membaca, anda akan perasaan satu persamaan penting maskot ini dengan zionis.

"All seeing eye" ataupun Eye of Providence.

Simbol mata satu yang kelihatan pada maskot adalah simbol yang berkaitan rapat dengan Freemason iaitu organisasi Yahudi.

Simbol ini biasanya dilukis dengan satu mata ditengah dan pancaran disekeliling mata dan berada dalam lukisan sebuah piramid. Simbol ini juga dianggap Tuhan menjaga dan memerhatikan manusia oleh penganut Yahudi iaitu Matahari.



Adakah semua ini kebetulan?

Anda sendiri yang fikir dengan akal yang waras.

Saya tidak begitu arif dalam bidang ini.

Jadi, cukup sahaja saya terangkan sampai disini.

Niat saya hanya untuk mengingatkan dan menyampaikan ilmu.

copied from : Afiq Brazil: Konspirasi Zionis dalam Olympic London 2012

1 comment: