Selongkarlah

Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

Segmen Ramadhan Jejaka Terhangat : Makanan Buka Puasa Kegemaranku



__________________________________
______________________________________________________

"Makan Makan di Bulan Ramadhan"

______________________________________________________
_________________________________




Assalamualaikum wbt...


wah rajin la pulak kan aku nak join segmen2 time puasa ni..haha...ala apa salahnya, dari tak berbuat apa2 kan...ok2 aku tahu mengenai segmen ni setelah di TAG oleh HANS HANIS yg Hensem tak Semestinya Playboy tu..tp jauh di sudut hati NURANI yg suci halus mulus ni aku benar2 rasa bahawa Hans ada lah Playboy tegar..oops sory Hans..sebelum masuknya Bulan Syawal aku menyusun ke duapuloh duapuloh jari aku (termasuk jari kaki) memohon ampun dan maaf atas terkasar bahasa atau menggelar kau PLAYBOY...

ok2 dah kembali ke Tajuk asal...Makanan Puasa Kegemaran ku...wah ada kegemaran ke aku ni?...mcm biasalah org selalunya tak ada makanan kegemaran, tapi bila dah masuk bulan Ramadhan ni ada je mengidam...nak tu la, nak ni la...aish nafsu nasfu SERAKAH...

aku serius buat masa sekarang tak ada makanan FAVERET yg betul2 FAVERET lah time puasa ni..aku bedal je sume..tak cerewet KONONYA...tp klo nak di ikutkan adalah makanan yg aku suka...lebih2 lagi bila tibanya Ramadhan....ok lihat Gambar yg terDAMPAR di bawah ni...






Ayam Percik yg Terpercik-Percik

Perghh ayam percikk..dah lama aku tak makan..aku time2 puasa kalo dapat makan ayam ni mmg...fuuuuhhhh menjilat kuku kakiku lah...lebih2 lagi kalo diberi kuah2 yg pekat2 hitam lekat tu..lagilah menusuk kalbu bila makan...tp sampai sekarang aku tak berkesempatan nak makan AYAM PERCIK ni..sbb aku tak pergi BAZAAR RAMADHAN lagi...aku tak suka sesak2...haha...nak suroh org belikan je..*ceyh belagak diva*





Nasi Lemak Ayam Berempah

ya allah ni kalo aku dpt...perghh memang aku kerjakan habis habisan lah...aku mmg tak tahan ayam2 yg berempah Ratus ni...mmg menggoda nafsu dan deria rasa aku...kalo dpt yang pedas2 lagi besttt...fuh..

p/s : kalo aku makan nasi lemak aku buang kacang...aku tak suka kacang tu..haha





Nasi Kerabu

Nasi Kerabu is one of my all time favourite...perghh sedap oohhh..dulu2 masa kat UiTM Perak time berbuka asyik, asyik, asyik (sambil gelek2 gerudi) nak beli nasi kerabu...aku mintak Ayam Percik dgn Solok Lada...perghh terbaikkk...aku dulu2 punya la tak tau ape tu BUDU...last2 skali bila dah lama makan nasi kerabu ni baru tau yg KUAH2 diorang dok TUANG dlm nasi tu rupanya BUDU...sedappp...


dan yg terakhir...apa2 sahaja MAKANAN yg di masaknya..tak kiralah dlm Bulan Ramadhan atau bulan2 lain...makanan yg di masak oleh beliau inilah yg sentiasa menambat hati aku..tak lain tak bukan..




masakan Ibu sendiri...Rodhiah Bte Ibrahim...Seorang Cikgu, Seorang Ibu , Seorang Nenek...


kalo nak di Listkan makanan kegemaran aku time puasa...mmg tak tido malam di buatnya..semua aku Gemar...tak kira time puasa atau tak...masakkannya lah yg selama 20 tahun aku hidup ni, *alhamdulillah* yg menjadi darah daging aku...setiap keringat dan air tangan ibu yg menjadikan masakkan lebih enak...jika makan sekadar nasi putih berlaukkan telur mata dan kicap, apabila di suapkkan oleh ibu...nikmatnya tak terlawan semua makanan yg terdapat di dunia ni..sesungguhnya air tangan ibu itu sungguh bermakna...terima kasih ibu...


p/s : ceyh macam DRAMA TV3 dah...haha...mcm dah tersimpang dr tajuk segmen je...anyway tu lah serba sedikit makanan kegemaran time aku berpuasa di Bulan Ramadhan ni...

p/s 2 : gambar semua di curi dan diletakkan LINK pada gambar masing2...


Dengan ini sebagai syarat aku Tag : IKAN




Friday, August 5, 2011

Bila Nak Raya Ni!.- Diari Ramadhan #5 Siri 1



_________________________________________
_______________________________________________________

"Cepatlah Raya"
-Siri 1
_______________________________________________________
________________________________________



aish...Bila Nak Raya Ni?...ceeyh ada ke org fikir mcm ni sekarang??...baru masuk Ramdhan ke 5 dah sebok fikir nak RAYA...org Tua2 selalu cakap "Kalo tak Puasa penuh, Tak boleh Raya"....apa kata kita ubah sikit.." Sapa tak Sempurna Puasanya, jangan Lebih2 Nak Raya"..boleh ke macam tu?...maksud SEMPURNA di situ bukannya apa...setiap manusia tiada yg SEMPURNA nya..tp kita masih boleh cuba utk menjadi yg terbaik....SEMPURNA di bulan Ramadhan boleh dikecapi dgn

  • Berpuasa dgn berSUNGGUH-SUNGGUH kerana ALLAH swt
  • Kawal diri dari perkara mungkar seperti MENGUMPAT, MELIHAT benda HARAM
  • Perbanyakkan bersedekah
  • Menjalankan amalan Sunat (pastikan wajib dibuat dulu)
  • Perbanyakkan berzikir
  • Khatam Al-Quran
  • Solat Sunat Terawikh
  • dll


Macam2 cara lagi yg kita boleh buat utk mendapatkan Ramadhan yg SEMPURNA....Rezeki Allah nak beri pahala tiada batasnya..sekecil2 kebaikan kita buat, akan dpt pahalanya, INSYAALLAH...semuanya senang utk kita lakukan..tp hanya nak tak nak je yg membezakan kita utk memilih PAHALA atau DOSA....

aku bukan cakap di sini seperti aku BAGUS sangat...Khatam Al-Quran?..aku pon masih sumbang membaca al-quran, tergagap2 lagi...tp tak bermaksud tak boleh belajarkan?...kalo tak belajar sekarang..tetapkan lah dlm HATI pahat dalam JIWA bahawa satu hari nanti aku akan mendalami ilmu al-quran...NIAT itu sesuatu yg amat penting...tp jgnlah salah gunakan perkataan NIAT itu...niat lah dgn bersungguh-sungguh...janganlah sekadar berNIAT....

ok puas dah TAZKIRAH?...haha..ok dah MENCANAK dah matahari di atas angit, baru aku nak buat ENTRY?...aduh..maaf aku hampir2 kering kontang dgn IDEA apa nak tulis...so aku pon terfikir nak buat entry ni...

ok2 aku sebenarnya ada benda nak sambung lagi ni...tp di masukkan dlm SIRI 2 lah..sbb takut panjang sangat pulak nak di baca..kesian, kan korang PENAT BERPUASA, tak larat nak baca panjang2....*prihatin tak aku?*ok Salam Ramadhan Hari Ke 5!



P/S: apa juadah berbuka kali ni ek?..ceyh ko puasa sebok2 nak fikir buka, buka,buka...cuba tolong mak masak kat dapur...hehe..sory mak..aku byk habiskan masa dlm bilik..hehe



Monday, August 1, 2011

Bagaimana Dengan Hari Pertama? Diari Ramadhan #1 Siri 2



___________________________________
________________________________________________

"Hari Pertama"

________________________________________________
___________________________________




wah tup2 dah nak masuk waktu maghrib menandakan masuknya waktu berbuka puasa bagi wilayah persekutuan dan yg sewaktu dengannya...*sempooot*....ok2 setakat Hari Pertama Ramadhan ape cerita?..penat?..lesu?..biasalah dah nama pon PUASA...

aku?..alhamdulillah kerana sudah banyak kali aku berLATIH berpuasa di bulan REJAB dan SYA'ABAN aku berjaya lalui hari ni, pertama Ramadhan dgn SEMPOI...bahaha...*padahal aku ddk umah terbongkang tido je*..haha

so maybe ada di antara ankan terus MENERJAH bazaar Ramadhan dan ada juga yg berSEDERHANA dgn masak juadah sendiri di rumah...apa2 pon just sebagai peringatan pd diri aku dgn org lain...BERPADA2 dan BERSEDERHANAlah dalam segalanya..jangan sampai terPESONG dr matlamat sebenar BERPUASA sudah la ye...




sebagai peringatan supaya BERSEDERHANA lihat lah gambar di Bawah









aku rasa satu gambar pon sudah cukup untuk kita SEDAR bertapa BERUNTUNGnya kita...kita Lapar sekejap, balik2 dpt jugak jumpa makanan...ada sesetengah negara, kanak2 pagi, petang, siang, malam...JENUH mencari makanan dan minuman...setitik susu pon sukar untuk dihirup, bahkan lagi makanan...si ibu terpaksa menahan kepedihan dan kesedihan  melihat anak2 mereka yg mati kebuluran...berkeliaran lalat2 menghinggapi sekujur tubuh kecil dipangkuan mereka....

kita?..bersyukur dgn apa yg ada..setiap SUAPAN makanan dan hirupan minuman ingat lah kepada mereka..nescaya kita akan lebih MENSYUKURI NIKMAT ALLAH dan MENGHAYATI MAKNA SEBENAR RAMADHAN


P/S : aku buat entri ni bukan nak BERLAGAK bagus..tp sebagai memperingati..dgn ini aku harap jika aku Memperingati org lain, ada juga org yg akan memperingati apa yg aku LUPA...






Wednesday, August 4, 2010

RAMADHAN




RAMADHAN



BULAN PUASA
1) Masa ni la ramai orang memperbanyakkan amal ibadat,
Khatam al-quran,
Besedekah,
Berdoa,
Berzikir,
Qiamulail,

2) Masa ni jugak ramai pelajar2 x datang kelas
Penat, haus, lapar,

3) Masa ni jugak orang ramai amik kesempatan nak berboros,
Time berbuka, amik ko, macam2 lauk,
Time beli baju raya, amik ko, berpasang-pasang,

4) Masa ni jugak orang buat2 lupe,
“ eh da puasa eh??”

5) Mase ni jugak orang nak bermalas-malasan
Duduk dalam bilik, tido,

6) Yang paling teruk,
Ad jugak mase ni orang nak wat maksiat,
Maksiat mulut, telinga, mata, anggota..

So mane satukah anda??...harap2 kita tergolong dlm golongan 1...insyaallah