Selongkarlah

Showing posts with label Lompat Si Katak Lompat. Show all posts
Showing posts with label Lompat Si Katak Lompat. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

Teringat Muzik Kanak-Kanak - Diari Ramadhan #9




______________________________________
_____________________________________________________

"Diari Ramadhan #9"
- Muzik Kanak -Kanak
_____________________________________________________
_____________________________________



entri kali ni dimulakan dgn ARGHHHHHH,, Fuuuuuuuuuuuuu.....*jerit mcm perempuan* susahnya nak cari kedai photostat kat area rumah aku!!!!!...nak photostat sijil SPM yg baru amik semalam pon susah..argh *apa pon tak boleh*...sebenarnya ada, aku yg menggatal nak pergi jauh2 sbb nak pergi Pejabat Pos...


ok kembali kepada tajuk entri..Muzik Kanak-Kanak??..ke KONAK KONAK??..eh..tak2 maksud aku muzik2 yg selalu di mainkan masa zaman HINGUS HIJAU kita meleleh dulu2....zaman kanak2 kitew kitew ulu ulu *ceyh bajet pelat, menci menci*..selalu dengar lagu yg berunsur kan pengajaran dan yg comel2 je dengar... contoh mcm lagu "Lompat Si Katak Lompat"  "Bangau oh Bangau"  "Ikan Kekek" "Nenek Si Bongkok Tiga" "Burung Kakak Tua" "Geylang Si Paku Geylang" dan  "Can Mali Can" kan?...

bagi aku lagu2 kanak2 seperti ini mmg banyak menyelitkan pengajaran pada kita semua...minda kanak2 seharusnya di didik sejak kecil agar bila besar nanti akan menjadi org yg berguna...bak kata pepatah "Malentur Buluh Biar dari Rebungnya"...

sebagai contoh lagu Lompat Si Katak Lompat...apa yg aku boleh dpt pengajaran dari lagu ini ialah supaya kita jangan suka melambat2 kan sesuatu perkara..kita jangan melengahkan masa kerana org yg suka melengahkan masa selalu RUGI..lagu ni juga mengajar kita supaya BERUSAHA, bangun pagi2 cari rezeki...bukan terbongkang lepas SUBUH baru nak tido.. *sentap aku*

i often procrastinate my works, example Borang2 Biasiswa masih tak hantar, sbb KONONYA hantar sebelum 15hb Ogos...tak ke mmg saja nak tggu masa nak dekat baru nak hantar??...*sifat buruk aku*...but we all learning things, jangan terikut2 sampai ke tua sudah...






lagu BANGAU OH BANGAU juga menjadi faveret aku..kenapa??..selain rentaknya yg MENANGKAP kalbu aku, mesejnya juga agak best...*tp aku tak dpt olah pon maksud lagu tu apa*...haha...ok aku siap buat PLAYLIST lagi dalam akaun utube aku utk simpan LAGU2 ni....manalah tau nak dengar, senang cari....hehe...


ok rata2 kita semua pernah dengar lagu kanak2 ni kan?..semasa TADIKA selalu di ajar lagu2 ni..bagi aku lagu ni seharusnya di siarkan lagi seperti dulu2 masa kita kanak2 di televisyen..supaya tak hilang cerita2 nostalgia zaman kanak2 kita dulu.. RTM dulu selalu main kan lagu2 seperti ini utk kanak2...cerita2 seperti Hikayat Sang Kancil dan Buaya, Hikayat Sang Kancil dan Monyet juga selalu di mainkan kat TV...so mana perginya sekarang??..sekali sekala di mainkan apa salahnya kan..dari kanak2 menonton cerita kat Astro Ceria mcm Hagemaru, Muscle Man dan One Piece tu yg mmg kalo di tengokkan balik mmg banyak mengandungi unsur2 tak baik...BERGADUH, perempuan pakai Seksi2....kan??..minda kanak2 senang di bentuk, so kenapa kita nak bentuk MINDA kanak2 dgn cerita sebegitu??

tapi ada cerita yg aku kagum dgn pengisiannya seperti UPIN dan IPIN...cerita dan mesej berjaya di tonjolkan...banyakkan cerita seperti ini baru OK...

ok2 dah2 sebelum aku buat KARANGAN duapuluhaempat mukasurat baik aku berhenti sekarang...apa2 pon, MASIHKAH ANDA TERINGAT DENGAN ZAMAN KANAK2 anda?...*ceyh banggang je*..okthanksbye...